Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Nora In the Middle

Pengalaman saya selama saya mula pandai naik bas dari zaman kanak-kanak, ke remaja sehingga sekarang zaman belia ialah kelakuan manusia yang macam-macam jenis orang saya jumpa.

Saya mula naik bas tambang masa saya pindah sekolah rendah yang baru, Sek Keb Sri Tebrau, Taman Sentosa. Saya belajar naik bas sebab saya selalu kena tinggal dengan pakcik saya, alasan munasabah beliau tinggalkan saya : lambat sangat nak siap, apasal pula? hah nasib baik rumah saya dekat Stulang Laut masa itu, dekat juga lah kalau naik bas tapi masalahnya bas dari Stulang tak ada direct ke Taman Sentosa, kena turun dekat bus stop yang berhampiran ( itu pun berpeluh ketiak nak jalan ) lepas itu jalan kaki, jauh gila haih.

Bila saya sudah pandai naik bas sendiri, apa lagi gatal lah kan kaki ini nak pergi bandar sendiri boleh gitu, tujuan nak pergi bandar kurang jelas hahaha lupa lah tapi ada satu kali itu, ada seorang pakcik bisu ini duduk sebelah saya, kemudian dengan bahasa isyarat dia cuba nak berbual dengan saya, alahai mana lah saya nak faham sangat, tapi saya layankan juga, macam pelik ja berbual pakai bahasa isyarat, tak apa lah orang tua, hormat apa salahnya kan, lepas itu, dia pegang tangan saya, berbual bahasa isyarat tanya, tak pakai jam ka? saya pun geleng geleng kepala, ehem sepanjang perjalanan dalam bas itu sebenarnya tangan dia macam semacam sejenis tangan yang gatal tau, tapi masa itu saya budak darjah 6, mana tau sangat maksud apa itu, pakcik itu macam asyik nak berbual ja, saya angguk geleng, angguk angguk lagi, sebab bahasa isyarat khas saya tak pandai, lepas itu, dia macam ajak saya ikut dia turun sekali, saya macam layan ja la angguk kepala, dia macam cuba sampaikan yang dia nak belikan saya jam, saya rasa teruja sedikit, ( boleh ? ) tapi masa pakcik itu nak turun, saya tiba-tiba rasa tak sedap hati lah, berat hati lah, dia tarik tarik tangan saya suruh ikut dia, saya buat isyarat tangan maksudnya tak nak, dia ada hati lagi itu nak ajak saya sambil  tangan sebelah dia tunjuk tunjuk dekat jam tangan dia, saya malas nak layan dan geleng kepala. Last last dia malas nak layan perasaan sangat dia terus pergi. Dalam otak terus bermonolog : 'Ye ja pakcik bisu ini nak belikan aku jam, entah-entah nak culik aku lepas itu jual dekat Thailand, takpun nak buat jahat dekat aku, ish'. Bahaya siot bila saya fikir balik, nasib baik tak materialistik kan, kalau fikir dapat jam tangan baru memang ke laut la saya masa itu, ~

Kebanyakkan masa lapang saya dalam bas, biasa tengok pemandangan luar, tunduk bawah tengok bawah, buat-buat tidur, tidur dan saya bukan jenis yang suka melakukan hobi merenung orang, menjeling, melihat dengan tekun, lepas itu kutuk dalam hati, tapi kalau ada orang yang macam sial, buat perangai tak bermoral, biasa saya tak tengok, saya terus kutuk dalam hati lebih kurang : ' Alamak, ingat kau sorang bayar tambang ka?' atau 'Macam babi' .. lepas itu saya buat hal sendiri. Tapi saya paling bengang sekali apa tau, kalau ada orang tua, kakak yang ada anak kecil, kakak mengandung, OKU naik bas, kebetulan bas penuh, tak ada seorang makhluk pun yang akan bangun untuk memberi tempat duduk mereka, siap buat muka tahi, muka tak tahu apa-apa, selamba babi, depan dia ada makcik pun dia buat bodoh ja, sakit hati pula tengok mereka, tapi nasib baik ada lagi manusia yang prihatin itu pun 1   2 orang ja, yang lain hanya pentingkan diri mereka sebab mungkin rumah mereka jauh lagi kot, eh c'mon lah society, mengalah tempat duduk untuk orang seperti diatas bukannya beban sangat, anyhow, you will get what you give, biasa ikut pengalaman saya, mengalah tempat duduk untuk mereka, 5 atau 10 minit kita dapat tempat duduk lain tambah dengan hati yang gembira kannn.

Itu satu hal, yang lain hal pula, suka nak tengok-tengok cari pasal dengan orang, apahal eh? tak ada perkara yang lagi best ka nak buat selain tengok-tengok cari pasal, macam haram tau tak rasa bila kena perhati atas bawah lepas itu siap kasi hadiah jelingan maut macam nak ajak wrestling pula, ish sekali aku tapak muka dia, mesti tak insaf lagi kan, hahaha macam bodoh ja orang macam ini, kebanyakkan perempuan yang suka betul tilik-tilik orang lepas itu buat muka tak puas hati dalam hati kutuk 'peh, mekap kau kan, macam alamak sangat kampung' alahai macam lah mekap dia cantik sangat nak kutuk mekap orang kannn.. haaha

Lagi satu kelompok pengguna  bas tegar yang paling menjengkelkan ialah lelaki yang suka melakukan tabiat 'ogling'. Macam bab i la saya cakap dekat lelaki yang macam ini, tengok perempuan macam nak telan, tak pernah tengok perempuan kot, baru keluar dari hutan mana eh engkau orang lelaki yang macam ini.. Kalu takat tengok sekali imbas tak apa, masih waras lagi lah, ini tengok kejap, kejap-kejap tengok, tengok dada, tengok punggung, tengok segala yang ada dekat perempuan, ish tak faham apa ada dalam kepala otak mereka itu, tolonglah kalau nak buat kerja pun, agak-agak lah, ini sampai "obvious' sangat. ciss

Itu belum masuk lagi kumpulan budak-budak sekolah yang hiruk pikuk dengan lagak remaja cool kepala jadah mereka, budak perempuan mengeletis, budak lelaki perasan best, adui saya pun pernah melalui fasa alam remaja macam mereka, tapi tak ada sampai dangkal macam monyet bila masuk dalam bas, masing masing nak tunjuk siapa lagi bergaya, siapa lagi pandai mencarut dalam English kira paling up la kot, hahahaha macam haram budak-budak sekarang ini, tolonglah nak usha saya masa itu, sudah lah kau orang semua bau busuk ada hati nak kurang ajar dengan saya, siap ingat saya ini bangsa lain, c'mon la remaja melayu, sila beradap dengan orang lain walaupun bukan bangsa sendiri, cis betul mereka ini,  saya bengang dengan perangai biadap mereka terus saya pergi duduk depan sekali hahh

Passenger yang busuk luar dan dalam, sila cermin diri dulu ok ( perasan best ja mereka ini, ingat orang lain tak ada perasaan agaknya.. cis )

Saya tau sekarang ini, kawan-kawan saya memang tak pandang  bas sebagai kenderaan untuk ke mana-mana, mereka lebih cenderung untuk naik kereta sendiri atau tumpang kawan yang ada kereta, senang katanya, betul juga tak ada lah mereka  terkena macam saya kann. Teman hati saya lagilah, tak pernah nak naik bas tambang ini, lagi selesa naik motor katanya, eleh sekali sekala apa salahnya kan, tapi dia tak nak juga, hmm pelik eh apasal ah ?

Ok, saya tau saya memang suka menyusahkan diri saya dengan naik bas sebab itu ja yang saya mampu,  buat masa sekarang, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, beli kereta senang cerita, kurang masalah dengan orang-orang yang seperti di atas, hehehe

p/s : i am in the middle of the sick sick society yet multiracional harmony community  :o

Thursday, March 17, 2011

Is it ?

Heaven o ~
Hari ini, saya nak cerita pasal orang tua, yep orang tua yang menyuruh dan menasihati kita untuk berbuat baik, jangan terlalu kebaratan sangat, nilai-nilai murni, senang cerita semua perkara yang baik lah, kedengaran seperti biasa kan dan sangat bagus, tapi yang saya tak tahan sangat itu, orang tua yang menyuruh kita berbuat kebaikan itu melakukan perkara perkara yang lebih kurang tak elok juga kalah orang muda, faham tak?

Saya rimas la dengan orang tua yang macam ketam mengajar anak dia jalan, sedangkan ketam itu sendiri jalan senget, haihh macam mana itu. Saya cakap macam ini bukan bermaksud semua orang tua la, hanya minoriti ja yang bersikap demikian, 1/10 000 la senang cerita orang yang macam ini.

Bila kena nasihat supaya berubah kepada yang terbaik, saya biasanya dengar dan melontarkan vokal tona rendah :
"YE"
"OK"
"HMM"

sebagai menghormati mereka yang lebih dulu makan garam dari saya. ( ehem ). Saya memang tak akan melawan balik atau memberi ceramah belia mudah lupa kepada orang orang tua itu, kerana mereka mesti tidak akan menerima pandangan saya yang mentah dan kurang matang ini. haihh nasib badan saya kecil, tapi otak tak kecil untuk menerima pandangan dan nasihat sembrono ala baik mereka. Tolong lah faham wahai orang tua, saya bukan tak nak menerima nasihat, teguran untuk masa depan saya, tapi kalian sendiri lebih kurang ja macam saya, macam mana itu.

Jadinya, saya rasa keberatan nak berjumpa lagi orang-orang tua itu, bila jumpa sahaja, tanya "Bila nak kahwin kin? Laaa, jodoh pertemuan, ajal maut kan kerja Tuhan, mana lah saya nak tahu bila saya akan betul-betul kahwin dengan kawan hati saya, yang boleh saya jawab dengan mereka
" Hujung tahun la kot " ( sambil lewa )
sebab nak sedapkan hati mereka yang risau kalau apa apa terjadi, mereka juga yang dapat nama buruk. Sangat pentingkan diri sendiri ok, saya tahu memang patut pun mereka risaukan saya, tapi kalau niat tak betul, tak boleh buat apa la kan.

Itu pasal jodoh, kira boleh lagi lah nak masuk campur, saya tak kisah sangat, tapi bila nak nasihatkan saya pasal hidup saya, kerjaya saya yang bukan mulia sangat ini, setakat alahh jaga cc berapa sangat la dapat, mereka selalu mempertikaikan apa yang saya buat, niat saya kerja ini pun sebab saya mahu belajar tentang pengurusan cc, tak kisah la gaji kecil tapi saya suka kannn,  mana tau kalau ada rezeki esok, boleh buka cc sendiri, tapi pada pendapat mereka, baik kerja yang menjamin masa depan, seperti kerja di perbankan, kerja kerajaan, siap suruh saya minta jadi ustazah itu yang saya ter....teruja? terpesona? tak, terpana sekejap sebab kata mereka jadi ustazah ini bagus, propek kerjaya yang meluas contoh, malam lepas balik kerja boleh ajar budak budak mengaji, memang bagus pada fikian saya, tapi masalahnya, 
"saya layak kah menjadi ustazah hah"?
 What do you think fellas? Sesuai tak saya jadi ustazah yang konsisten dan komited terhadap kerjaya mulia itu?  Saya bagi 4.5/10 ja sebab saya tahu kebolehan saya sampai mana. Bukan sombong atau memandang rendah terhadap profesion perguruan, lagi lagi guru agama, tapi saya rasa saya kurang layak medidik anak orang lain, siapa pula saya kan nak mengajar mereka menjadi insan kamil, sepatutnya individu yang terdedah dengan persekitaran yang positif dan bebas maksiat ja yang lebih layak untuk menjadi guru agama, am I right? No? You should ask yourselves for that.

Hmmm, kadang kadang saya rasa orang tua yang seperti ketam itu patut bermuhasah bermuhasabah diri, sebelum mentazkirahkan saya apa yang baik untuk saya, i should know myself better because you're not even there during my physical and emotional stress moment.  I'm not blaming  you orang tua, I' m not what you guys think.

Saya bukan budak yang belum mumaiyiz, naif, not even mental retarded Alhamdulillah, yang perlu di asuh, di didik semula, tidak tahu apa yang berlaku, what is it all about? Saya rasa saya tahu menggunakan akal lebih dari nafsu, mengunakan gerak hati bila akal buntu? what is it with the fuss? Saya rasa saya dipelakukan macam orang bodoh, do this. do that, not that one, this one, tapi orang tua selalu tidak mengaku yang mereka buat semua ini kerana mereka enjoy menjadi diktator, yes, mereka akan mengatakan "we care about you, dear, listen to us" arghhh  semak tau jadinya.

Biarlah orang nak label saya ini apa ka apa ka sebab membesarkan hal yang remeh macam ini, sebab hanya orang yang pernah rasa ja faham apa yang saya alami, yang tak faham itu, memang mereka beruntung, saya pun tak minta mereka faham, Cuma, buat orang-orang tua itu, saya harap baik mereka ubah diri mereka dulu sebelum mengubah saya, sebab saya kesian dengan mereka, sangat ok sebab tak ada kesedaran sivik dan tak cermin diri sebelum menjadi mentor tidak bertauliah saya, Apa apa pun terima kasih untuk perhatian dan nasihat berguna, saya ambil apa yang patut la, dan saya menjadi semakin kurang menghormati mereka sebagai orang tua.

Sorry, can't help it :(

Saturday, March 12, 2011

An Evening with Mademoiselles

Semalam, lepas habis kerja pukul 6 p.m, saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya masa sekolah menengah dulu, Yasmine dan Humaira dekat Roost Cafe Jalan Dhoby.  Masa saya jalan kaki nak ke cafe itu, mereka pun sudah sampai juga, hehhe memang rezeki kami jumpa hari itu sebab banyak kali buat plan nak jumpa tapi masing masing tak jadi last last, baru semalam dapat jumpa mereka, teringat zaman sekolah dulu.
Yasmine sama sahaja dari dulu, kelakar dan Joyah tetap penting eh, Humaira pula semakin anggun dan all out dengan cool hijab dia itu, i like :). Mereka berdua memang macam kakak kakak teruk tapi kakak yang best la dan saya pula yang lain sedikit, masih kebeliaan lagi cara pemakaian saya, tapi mereka ok ja dengan cara saya.

Ok, then kami semua lepak tingkat atas Roost itu, memesan makanan dan minuman sambil sesi informal photoshoot dari kamera Nikon D90 Humaira, dan masuk pula sesi bergosip sebentar dan tiba tiba sesi luahan hati pula kan dari saya, sebab semalam mereka terus tanya saya macam-macam tentang keluarga saya macam mana, sebab mereka tau dulu saya tak suka balik rumah, mesti nak merempat kejap dekat rumah mereka, hahahaha nasib baik mak bapa mereka sporting dan baik hati :). Rindunya zaman dulu dulu.

Lepas makan makan itu, ambil gambar kejap dekat luar, cis tau tadi kami lepak dekat luar boleh borak suka hati kita orang kan, tapi masa nak balik baru perasan, haiya kalau tak boleh lepak lepak hisap rokok dekat luar itu, view belakang itu memang lah tak cantik tapi sesuai untuk lepak santai sambil bergosip hahahaha.

Kemudian, kami singgah Danga kejap, pergi karaoke dekat "Suara OK" ok, hehehe port baik untuk melepaskan tensi, satu jam ja kami tempah, boleh lah untuk 3 orang melalak bukan main lagi eh, hehehe arghh keluar perangai monyet masing masing time itu, buka selalu jumpa pun, ingat mereka tak layan karaoke, mungkin sudah tak tahu nak pergi mana kan, itu ja lah port selain kedai makan kan.

Lepas sudah melalak, sakit tekak pula ini, tadi patutnya sebelum pergi karaoke, kami ingat nak pergi Tutti Frutti tau, tapi sudah terlajak masuk Danga dulu kan, hah lepas melalak itu, kami pun pergi Tutti Frutti, last destination sebelum masing masing balik, kami share ja dessert itu sebab pakai mangkuk besar kan, lagi pun Humaira kata dia jamah ja nanti, ok la itu saya mesti lah suka masa sesi menaburkan topping di aats yoghurt, hihihi colourful mesti eh, cantik cantik baru ada selera nak menikmati nanti. adui nasib sedap, sedap sangat ok, saya tak tipu kali ini sedap, yang itu hari saya pergi dengan kawan kawan saya, saya punya masam mereka cakap, eleh tapi habis juga kan kau orang jamah, cit heeee. Last conversation itu, saya tanya pasal boyfrriend mereka, sebab masa dalam kereta on th way ke Tutti Frutti itu, Humaira cakap boyfriend dia orang Pontian, excited terus saya sebab teman hati saya pun orang Pontian juga, lepas itu saya tanya nama tempat, Humaira cakap nama tempat yang sama dengan teman hati, wah bersemangat saya, itu yang sambung cerita masa sudah sampai Tutti Frutti. Lepas itu, saya tanya Yasmine punya boyfriend pula, orang Brunei Humaira cakap, hehehehe mesti orang baik baik kan, baguslah masing masing sudah ada komitmen ( ehem ) maksudnya mereka ada teman lelaki dan sudah sedia untuk seterusnya, tumpang best ja sabagai kawan.

Ok, selesai semua, Yasmine hantar Humaira dulu dekat Tama Pelangi sebab dekat ja dengan Kebun Teh itu, au revoir Humaira, harap dapat jumpa anda lagi, Humaira bagi saya telur pindang sempena kakak sulung dia buat majlis bertandang. Kemudian, Yamine hantar saya dekat bus stop Skudai Kiri, saya turun dekat situ sebab entah eh, harap harap ada Superhero selamatkan saya, ambil saya balik. Tup, tup awak pun ada dekat Uda, Alhamdulillah leganya hati saya awak ada, kalau tak saya risau sudah macam mana nak balik kan.

Sampai situ saja perjumpaan kawan kawan baik masa dekat sekolah, mereka sangat cool dan memang adorable, terima kasih Humaira Hanafi untuk karaoke treat, Yasmine untuk Tutti Frutti treat, happy sangat dapat jumpa kalian, harap dapat follow up another hang out together ok. Love you guys

Friday, March 4, 2011

Current Obsession

Hari ini, sakit perut dari pagi tadi, baguslah keluar la wahai en.tahi, sudah penuh dalam tangki ini, muahahahaha :D rasa ringan sedikit badan sebab toksik membebaskan diri.

Ok, so saya mahu mengomel apa eh? Oh ya, saya mahu bercerita tentang obsesi terkini saya ialah : Saya mahu kahwin lalalalala, tahun ini ikut perancangan saya sendiri, hehehe sebenarnya kan saya ada post status saya dalam fb tau, saya tulis "Mother, jangan lah paksa i kahwin, i tak ready lagi, masak air ja i tau" lebih kurang la macam itu ( malas nak buka fb ) tapi bila fikir fikir balik, saya memang sudah ready mahu jadi isteri orang dan lebih cantik lagi dapat jadi mak orang ooo la la ~ ~

Saya tak tahu kenapa dengan saya ini, tebiat apa tiba tiba rasa teruja nak kahwin kan, tahun ini pula itu kalau boleh, tarikh cantik weh, hari pun cantik dan berkat jadi automatik memang mahu bernikah terus tahun ini, tapi saya tak buat macam orang lain la agaknya, tak ada bertunang terus ja sekali jalan hah senang. Weee ~ ~

Tapi, ini hanya perancangan sahaja, bukan sudah muktamad pun, sebab keluarga belah sana itu, kalau boleh mereka suruh awak itu stabil, ada kereta, ada rumah, ada duit simpanan baru boleh kahwin dengan saya ini. Keluarga belah saya pula, tak kisah sangat, cepat ka lambat ka, janji ada orang juga orang nak ambil saya jadi bini kan, kelaz sangat.. hehee

Jadi berangan la Norashikin ini hari hari, tentang perkahwinan yang dirancang sendiri, nanti nikah dekat mana, tak nak sanding dekat rumah sendiri, hantaran saya nak 1 barang sahaja, saya nak pakai baju kebaya Pahang warna polos atau warna tanah, saya nak pakai khidmat kawan saya untuk make up dan fotografi, saya nak sanding malam eh awak, sejuk sedikit orang ramai datang nanti, bla bla bla bla, saya tak jemput ramai sangat, hey banyak saya hah berangan, keluarbeberapa ekor jerawat singgah atas muka ini sudah. Haih

Hahahaha, seronok saya rasa kalau berangan berangan tiba tiba ja jadi betul eh, saya lepuk sepupu saya itu sebab badan dia mengeluarkan gelombang bunyi, ( ini sebab teruja lepas itu pukul orang kan hashikin ) lepas itu mesti kena sepuk balik hahahaha..Ok ok, ooo sangat teruja dan sangat menceriakan hari hari saya kalau saya keep on berangan ja kan selalu. I like this ok peeps.

( Tarik nafas, pejam mata, terkelip-kelip, hembus nafas dengan mood romantik ( hahaha bodoh ja saya bayangkan) ). Saya pun sudah janji, nanti lepas sah jadi isteri orang, saya terus akan mengubah perangai saya yang tidak elok kepada yang lebih elok dan molek, tak boleh hisap rokok jahanam lagi, ...........................Satu jam sebelum nikah, belek belek rokok, tengok lama-lama, ambil lighter terus hisap dan berkata "This is your last day to burn yourself with me, enjoy the priveleges ms. ciggie, muah" dan terus melupakan bayang-bayang "killer stick" itu dalam hidup saya. Oh sungguh dramatik ya, ya, sebab saya lagi rela meninggalkan cik ciggie dari meninggalkan en.hati saya. lalalalalala ~ ~

Dan saya pun terus berangan sambil menaip entri saya yang entah apa apa lagi selepas ini, saya berharap sangat apa yang saya hajatkan akan kesampaian dengan izin Kekasih Agung, Amin :)
Teruskan berangan dan berdoa semoga dapat menjadi isteri dan emak orang Norashikin.. yeah!! ( giggle ~ ~ )

Monday, February 28, 2011

Daydream

Haha,ok saya rasa sungguh "energetic" hari ini sebab banyak idea mahu tulis blog kan tiba-tiba saja.
Tak apa, bagus Norashikin :) heeee.

Ok, saya kan sebenarnya suka berangan tau pasal masa depan, contohnya saya suka berangan nak beli rumah apa, nak beli kereta apa, nak jadi isteri siapa, nanti nak "settle down" dekat mana, hahaha siap lukis pelan rumah, dalam rumah nak letak perabot apa, dekat mana posisi perabot itu nanti, sungguh analitis ya sebab saya rasa puas dapat buat macam itu walaupun hanya berangan ja hampeh. Dari kecil dulu saya suka merancang sesuatu yang best-best lepas itu saya rasa "satisfaction" yang melampau ok. Memang macam haram kalau berangan ja kan tapi saya suka lah eeee ( giggle ~ )

Saya paling suka apa tau, kutip booklet iklan Tesco ka, Carrefour ka, Giant ka, Econsave pun ok lepas itu saya belek belek dalam booklet itu, tengok ada barang apa yang macam best ja, lepas itu saya terus list down apa yang saya nak beli, boleh gitu ? Lepas itu bukan beli pun barang itu. Hahahaha, sangat suka eh kalau dapat booklet itu, siap sanggup kutip booklet yang orang buang buang  tepi jalan itu tau haa.

Biasanya saya suka berangan sendiri sendiri, lepas itu saya suka bercerita dekat awak saya itu, tapi dia tak berapa prihatin mahu mendengar, siap menyampuk tanya saya benda alah lain, last last saya cakap "awak, biar saya cakap sorang2, awak tak nak dengar saya tak kisah ok", dia sengih sahaja. cis betul

Ok lah, sakit kepala la tiba-tiba, hilang semua idea saya, haahaha, itu sahaja saya nak cerita, macam apa apa la Norashikin.ini. Ok, saya memang macam apa apa sebab saya lapar ini. Adui, macam nak pitam sudah.

Babai bai. lama tak post video eh, kasi satu video

Sunday, January 23, 2011

I still remembered yesterday

Macam-macam telah terjadi sepanjang 24 tahun bernafas di atas planet bumi ini. Suka, duka, pahit, manis, masam, masin, tawar teruk dan kebanyakkannya yang bersifat negatif, menghantui hidup saya selalu. Ianya seperti baru ja semalam berlaku. Saya rasa seperti kehidupan saya ini teruk dan pelik, tapi bila saya renung balik tak lah seteruk yang otak saya reka. Memandai ja si otak ini fikir bukan bukan, padahal sebenarnya mahu dikira saya beruntung la juga cukup segala sifat, tak merempat, merempit, tak meragut dan lain lain. Apa sahaja yang saya tidak bersyukur untuk terus hidup walaupun tekanan yang dihadapi sangat hebat.

Adakalanya saya selalu tertanya tanya tujuan saya dijadikan, untuk apa, kenapa, bagaimana, sampai bila, mengapa, aduh banyak betul persoalan, dan bila akal digunakan sebaik mungkin, hati berada di dalam keaadaan tenang, saya mendapat jawapan untuk persoalan itu.

Yup, setiap kejadian manusia atau makhluk ada hikmah disebaliknya. Manusia diberi peluang oleh Allah untuk menikmati kehidupan di dunia setelah dibacakan qada' dan qadar yang telah di tulis untuknya didalam Luh Mahfuz dan  bersetuju untuk meneruskan perjalanan ketika janin berada dalam peringkat "Nafkhur-ruh" iaitu peringkat dimana peniupan roh berlaku. Kitaran permulaan kehidupan berlaku di peringkat :"nutfah" iaitu peringkat di mana sperma menembusi ovum, dan hanya satu sperma sahaja yang berjaya masuk ke dalam ovum ya. Melalui peringkat nutfah, kemudian ke peringkat alaqah, seterusnya ke peringkat mudghah, naik ke peringkat izam dan lahm, melalui proses di peringkat nasy'ah khalqan akhar dimana janin telah lengkap penciptaannya dan pelengkap kejadian manusia iaitu nafkhur-ruh. MashaAllah Maha Suci Tuhan yang menciptakan, tidak pula ia diciptakan oleh mana-mana atau apa-apa.
Saya terkedu seketika merenung asal kejadian manusia yang kompleks dan rumit tetapi menjadi mudah jika Allah berkehendakkannya.

Ok, berbalik kepada cerita saya, membebel kejap untuk kesedaran diri :). 
Syukur saya sempurna fizikal luar dalam, tetapi masih mengeluh megenangkan nasib diri yang tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan kanak-kanak di Palestin atau di Somalia.Hmm...i am soo pathetic huh.

Tapi, perjalanan hidup saya tidak berapa sempurna dan seimbang, dan ia telah mempengaruhi "mode" sosial saya ketika saya masih kecil lagi, dan menjadi jadi setelah menginjak remaja. Standard remaja, orang tua cakap tak mahu dengar, dia fikir apa yang dibuat semua betul, hahaha...
Remaja saya tidak luas pandangan tetapi luas pengalaman, banyak yang saya belajar, walaupun payah tetapi saya tetap teruskan juga.untuk berdiri sama macam orang lain, tidak mahu rasa saya ini pelik atau bermasalah, syukur ada pembakar semangat ketika itu. ( Atuk Rahim, Yaya, dan kawan kawan yang setia mendengar keluh kesah saya, terima kasih ya. )

Lepas segala beban selepas saya lari dari punca masalah ketika itu, lega gila haa...dan saya jumpa kawan yang telah menolong saya, terhutang budi teruk dengan kau lah kawan. ( Siti Noraisyah Tahir ). Dia kawan yang entah apa punya baik hati, ikhlas membantu saya ketika saya dalam keadaan bingung dan hampir berputus asa. Credit to her family too, they are so kind towards me :) merci beaucoup. Waktu ini saya mula rapat dengan "cousin" belah mak saya yang jelita? jelita kah? jelita la noks ( Nurhidayah Samsuri ). Ingatkan dia tak begitu "best", tapi dia memang "best". Gila kau, dia punya mulut kalah Azwan Ali tau kalau bergosip masa "pillow talk" hah kau. Sayang awak :)

Bersama kawan saya itu, saya menjadi luas pandangan tambah luas pengajaran. hehe bagus bagus, saya tua dari dia setahun tapi dia lagi banyak nasihatkan saya macam macam. Ok, lepas itu saya berkawan dengan kawan kawan dia yang "cool" lah masa itu, tambah luas lagi pandangan saya waktu itu. Berkawan punya berkawan, boleh pula bercinta dengan kawan dia, David John, the loser ( bukan nama sebenar ), dua tahun lebih bercinta teruk. Jumpa pula kawan baru ( Nurul Nadia Abd Azis ). Dia peramah dan tak sombong eh, kepala dia lagi lah gila rupanya, ingatkan saya ja gila. Dari dia saya jumpa kawan saya dari dia ( Noraisyah Azman ) dan ( Baby Rina ). Lagi gila kalau ramai ramai jumpa nak nk "time" pillow talk". Memang lah saya selalu macam tak ambil bahagian sangat tapi saya suka la "sleepover" dan bergosip.Hahhaha saya ingat lagi masa itu, teruk semua "terbang ke langit" kecuali yahh, ingat tak awak awak semua :)

Ok, sambung cerita pasal David John, dua tahun lebih bercinta, relaks ja saya buat hal pula, we called it quit. Semua bengang dengan saya, they "blamed and "damned" me, Saya faham memang salah saya pun, tapi saya tak minta orang lain menjadi hakim tidak rasmi saya ok. Anyway some of you don't have any clue what had happen actually, it's about my future and my view toward his responsibility. Thank you all for your nasty comment and your intolerant judgement, merci :)

Sudah sudah dengan cerita itu, saya kenal pula dengan si Jonathan Seifield, the punk rocker ( pun bukan nama sebenar ). Actually saya jumpa dia masa kawan lagi dengan David John itu. Ok, tak mahu cerita apa telah tejadi, anyhow it's my dignity to keep it secret walaupun semua tahu cerita.Hahaha..
Ok, masa kawan dengan Jonathan Seifeld ini, macam macam telah berlaku, dan saya rela mengaku saya tak pernah ada apa apa "affair" pun dengan dia, kira sekadar berlawak je la masa saya kawan dengan si Jonathan Seifield ini. It was fucking funny and bullshit at the same time.Hahaha "you sucks dude"!!
Masa ini saya banyak belajar tentang kepercayaan, keikhlasan yang suci, tentang cinta itu tidak wujud jika ianya berdasarkan fizikal semata mata.Fuck love!.Uih marah betul saya ini, memang saya marah tau tapi saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu daripada musibah itu. Iaitu "forgive and don't forget", cih saya ini. I've learned my lesson now.

Ok, move on to the next stage of my miserable life ( oooohh  ), selepas kejadian itu, saya serik dengan semua itu, seram dengan "amore amore" ( macam nama hantu yang cute, saya bayangkan  muka dia macam Stitch tapi taring panjang dan kulit warna pink bulu-bulu boleh ? ) dan saya berjanji dengan diri sendiri tak akan senang senang ja mahu suka dekat siapa siapa, serik oi. Jadinya saya banyak masa dengan "girlfriends" saya, lagi syiok solo. Pergi mana mana pun tak siapa kisah kan kan kan.

Saya bahagia tapi saya mengaku sebenarnya "i can't live by myself", jadi saya sudah melupakan janji saya itu dan berkawan dengan dia ini. Mari berkenalan dengan Mr Mark Morton, the classic lad ( lagi bukan nama sebenar ), saya jumpa dia dekat Johor Bahru dan cerita bagaimana saya berkenalan dengan Mr Morton terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab yang sengaja dirahsiakan ok. 
My first impression towards this Mark guy is he was so mute and isolated. He does crack a joke but..please help him Mr. Jack Black!! i don't understand it  ( sorry can't help it ).:)

Saya belajar kenal perangai dia, nampak ja garang kalau lama lama perhatikan perangai dia tepuk dahi juga tengokkannya.Tapi kan memang mula mula susah nak faham tapi lama lama boleh la bertoleransi sedikit kan. Saya kawan dengan dia pun banyak juga serangan tekanan melanda, tapi saya boleh terima dan melawan dengan baik sekali ya. Dia banyak nasihatkan saya supaya jangan ikutkan sangat budaya taksub dengan perangai tidak sopan ok. Alhamdulilah, saya berjaya membuang banyak perangai hodoh dan bodoh saya yang sia sia itu. Tinggal sekarang mahu menjadi lagi terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua yeahh

Dan sekarang saya rasa sangat "best"dan bersemangat unruk terus berjalan di atas bumi yang fana ini ok. Sebabnya, saya rasa diri lebih dihargai dan bernilai di mata Mr Mark Morton yang handsome itu. Ada juga kawan buat bergaduh mulut eh, berbual. bergosip, bercinta, dan berkahwin nanti...( kelip-kelip mata ) boleh gitu.

Ok lah, sudah habis cerita saya, macam kurang ja isi cerita ini. Peduli apa kan janji cerita kan kan kan. 
Pour vous mon amour, je vous aimerai toujours et oui vous êtes l'homme le plus élégant que je rencontrais jamais. For my girls, i love you guys and we will have some more night together and pillow talk eh.

p/s : Mr Mark Morton sudah tukar nama sempena berkawan dengan saya yang melayu ini, so his name will be Nazrie Abd Aziz , baru boleh kahwin kalau nama melayu ( haprak statement ini hehe ).

Saturday, January 8, 2011

2011

Selamat datang 2011!
Tahun arnab yang saya harap akan mendatangkan tuah, untuk kesejahteraan bersama.
Tahun untuk memperbaiki diri, merujuk kepada Yang Benar dan juga meneliti segala kesilapan terhadap zat Agung dan juga makhluk. Ok, saya mahu mulakan dengan terima kasih kepada yang telah membantu saya menghadapi segala tekanan dan pengaruh kehidupan yang merimaskan.Saya sayang awak ok. :) .Kemudian kepada kawan-kawan yang selama ini bersabar dengan perangai haram jadah saya, saya sayang kalian juga.



Video pertama untuk kamu dan kalian.:)

Saya sebenarnya berharap tahun ini tahun yang penuh dengan kemaafan dan senyuman yang manis ok. Sebab serasa saya, banyak betul saya melukakan hati orang dengan kejahilan moral dan kecetekan akidah ~ ~ ( sigh ).........................

Saya sangat amat mahu meminta maaf dengan mereka dan memberikan mereka bunga barangkali?
Sebab setiap malam sebelum tidur saya akan memandang siling rumah dan saya akan mula bercakap dengan saya yang no. 2. Ini buka cerita fiksyen, ianya benar semata mata.
Mungkin juga kerana saya terlalu memikirkannya. grrrr~

Saya juga berharap kali ini tiada lagi perkara-perkara bodoh lagi bangang saya lakukan.
Kebodohan hanya untuk teori Darwin dan evolusi beliau.