Saya nak bela kucing juga!!
Sebab mereka sangat oh biadap comelnya, geram ah!!
Kasi letak gambar depa yang menghairahkan itu cis
Kasi letak gambar depa yang menghairahkan itu cis
ala kucik kucik kucik anak rimau
Haaaaaaa sangat biadap eh kecomelan mereka, ok tak apa nanti saya akan usahakan juga sesuatu supaya saya boleh bela seekor atau dua ekor anak kucing untuk rumah baru kot hehehehe :)
Tak boleh lah tengok gambar kucing lama-lama, nanti bengang dengan muka depa yang bermisai misai itu, huih, tak sabarnya nak tunggu bulan 7, hahahahaha, mesti mahu bela anak kucing tak kisah la baka apa, dapat "long haired domestic" pun ok kan janji kucing ok. Saya ingat kan kalau boleh saya nak bela jantan sahaja tau, tapi mesti semua ingat saya pilih kasih kan, hmmm suka hati lah yang penting saya yang nak jaga bukan orang lain, sebab jantan ini macam tak banyak nak risau, betul eh ? betul la pada pendapat saya, sebab jantan tak bunting, kalau dia sudah besar nak kahwin, keluarkan ja la kan, biar dia cari girlfriend sendiri, sudah dating nanti tau la dia balik rumah kannnn.
Ok, harap harap berjaya cari kucing untuk dibela nanti hehehehe :)