Semalam, lepas habis kerja pukul 6 p.m, saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya masa sekolah menengah dulu, Yasmine dan Humaira dekat Roost Cafe Jalan Dhoby. Masa saya jalan kaki nak ke cafe itu, mereka pun sudah sampai juga, hehhe memang rezeki kami jumpa hari itu sebab banyak kali buat plan nak jumpa tapi masing masing tak jadi last last, baru semalam dapat jumpa mereka, teringat zaman sekolah dulu.
Yasmine sama sahaja dari dulu, kelakar dan Joyah tetap penting eh, Humaira pula semakin anggun dan all out dengan cool hijab dia itu, i like :). Mereka berdua memang macam kakak kakak teruk tapi kakak yang best la dan saya pula yang lain sedikit, masih kebeliaan lagi cara pemakaian saya, tapi mereka ok ja dengan cara saya.
Ok, then kami semua lepak tingkat atas Roost itu, memesan makanan dan minuman sambil sesi informal photoshoot dari kamera Nikon D90 Humaira, dan masuk pula sesi bergosip sebentar dan tiba tiba sesi luahan hati pula kan dari saya, sebab semalam mereka terus tanya saya macam-macam tentang keluarga saya macam mana, sebab mereka tau dulu saya tak suka balik rumah, mesti nak merempat kejap dekat rumah mereka, hahahaha nasib baik mak bapa mereka sporting dan baik hati :). Rindunya zaman dulu dulu.
Lepas makan makan itu, ambil gambar kejap dekat luar, cis tau tadi kami lepak dekat luar boleh borak suka hati kita orang kan, tapi masa nak balik baru perasan, haiya kalau tak boleh lepak lepak hisap rokok dekat luar itu, view belakang itu memang lah tak cantik tapi sesuai untuk lepak santai sambil bergosip hahahaha.
Kemudian, kami singgah Danga kejap, pergi karaoke dekat "Suara OK" ok, hehehe port baik untuk melepaskan tensi, satu jam ja kami tempah, boleh lah untuk 3 orang melalak bukan main lagi eh, hehehe arghh keluar perangai monyet masing masing time itu, buka selalu jumpa pun, ingat mereka tak layan karaoke, mungkin sudah tak tahu nak pergi mana kan, itu ja lah port selain kedai makan kan.
Lepas sudah melalak, sakit tekak pula ini, tadi patutnya sebelum pergi karaoke, kami ingat nak pergi Tutti Frutti tau, tapi sudah terlajak masuk Danga dulu kan, hah lepas melalak itu, kami pun pergi Tutti Frutti, last destination sebelum masing masing balik, kami share ja dessert itu sebab pakai mangkuk besar kan, lagi pun Humaira kata dia jamah ja nanti, ok la itu saya mesti lah suka masa sesi menaburkan topping di aats yoghurt, hihihi colourful mesti eh, cantik cantik baru ada selera nak menikmati nanti. adui nasib sedap, sedap sangat ok, saya tak tipu kali ini sedap, yang itu hari saya pergi dengan kawan kawan saya, saya punya masam mereka cakap, eleh tapi habis juga kan kau orang jamah, cit heeee. Last conversation itu, saya tanya pasal boyfrriend mereka, sebab masa dalam kereta on th way ke Tutti Frutti itu, Humaira cakap boyfriend dia orang Pontian, excited terus saya sebab teman hati saya pun orang Pontian juga, lepas itu saya tanya nama tempat, Humaira cakap nama tempat yang sama dengan teman hati, wah bersemangat saya, itu yang sambung cerita masa sudah sampai Tutti Frutti. Lepas itu, saya tanya Yasmine punya boyfriend pula, orang Brunei Humaira cakap, hehehehe mesti orang baik baik kan, baguslah masing masing sudah ada komitmen ( ehem ) maksudnya mereka ada teman lelaki dan sudah sedia untuk seterusnya, tumpang best ja sabagai kawan.
Ok, selesai semua, Yasmine hantar Humaira dulu dekat Tama Pelangi sebab dekat ja dengan Kebun Teh itu, au revoir Humaira, harap dapat jumpa anda lagi, Humaira bagi saya telur pindang sempena kakak sulung dia buat majlis bertandang. Kemudian, Yamine hantar saya dekat bus stop Skudai Kiri, saya turun dekat situ sebab entah eh, harap harap ada Superhero selamatkan saya, ambil saya balik. Tup, tup awak pun ada dekat Uda, Alhamdulillah leganya hati saya awak ada, kalau tak saya risau sudah macam mana nak balik kan.
Sampai situ saja perjumpaan kawan kawan baik masa dekat sekolah, mereka sangat cool dan memang adorable, terima kasih Humaira Hanafi untuk karaoke treat, Yasmine untuk Tutti Frutti treat, happy sangat dapat jumpa kalian, harap dapat follow up another hang out together ok. Love you guys