Sunday, April 24, 2011

Amazed by the Beauty

Semalam, saya PM dgn kak ipar saya, berbual bual ( by that i mean typing la ) then dia tiba tiba mengadu dengan saya,
"Shikin, alang rasakan semua orang ingat alang dengan azan masuk ajaran tabligh sesat"
Saya pelik apasal alang mengadu dengan saya sampai macam itu sekali, pelik betul. Lepas itu alang cakap sekarang dia bukan macam dulu lagi, dia berubah 99 % dari segi penampilan dan pergaulan. Dia cakap sekarang dia dengan abang saya are the new figure and more assertive when it comes to the life perspective. Alhamdulillah lah kalau macam itu, tegas dalam segala aspek terutama agama.

Dan, alang cakap nak jumpa saya malam, saya cakap oklah sebab Azan ada call pagi itu kata nak bagi duit sedikit, Alhamdulillah rezeki, jadinya malam itu saya dari Pasir Gudang lepas jumpa teman hati Yahh Shikari semua terus gerak Uda secepat mungkin sebab lepas itu En.Nazrie katanya nak melepas tensi melalak la tiuu.., ada audition kot ehem. Ok, ok sampai rumah alang, saya terus bengap kejap tengok alang siap bermonolog " ehhhhh....biaq betui" 

Berbual bual dengan alang, tiba-tiba alang cakap niqab, terus saya cakap "nak tengok alang, alang pakai" teruja sebab memang sangat asing niqab itu dalam family nukleus saya ini, hehehe saya masuk bilik saya dengan alang sekali, alang pun buat demostrasi memakai niqab, 3 lapis Jordan punya alang cakap, saya tanya kenapa alang tak beli yang 2 lapis itu, alang cakap dia tak selesa yang itu, 3 lapis katanya kalau ramai orang lelaki satu lapis tu boleh tutup terus muka dia i mean dengan mata sekali la, terhijab dari pandangan luar, still  alang boleh tengok luar sebab nipis sedikit dari yang bahagian mata ke bawah, tak faham eh, tak apa abaikan saya pun tak tahu macam mana nak terangkan.

Wahhh, sekali tengok macam orang arab tapi rendang ja yang terus kantoi orang melayu rupanya hehehe, hmm baguslah alang sekarang macam itu, ingat alang pakai menutup aurat sahaja rupanya mengikut sunnah sekali dengan melengkapkan penampilan memakai niqab, ok lah kalau sekarang mereka macam itu, tapi sebenarnya saya susah nak terima penampilan mereka drastik macam itu terus, bukan susah nak terima mereka sudah berubah ke arah kebaikkan cuma ia terlalu  cenderung untuk drastik, ishhhhhhh lalang ah Norashikin!! Saya pun tak tahu saya sokong ke tak sebenarnya ini ? Yep saya sokong mereka melakukan penghijrahan, yes I am proud to have them as my brother and sister in law. Saya harap mereka terus macam itu sampai bila bila dan semestinya tak ada alasan yang menyebalkan otak bila sudah berhijrah seperti  :
 " Darurat lah, sebab itu kena tukar sedikit, terpaksa  "
 " Sebenarnya tak bersedia lagi, tambah lagi bila keadaan sekeliling semacam sinis semacam ja tengok kami, siap pandang tak kelip pasal dok heran benor nengoknya"
Dan alasan yang sewaktu dengannya ok :)

Hmm...baguslah alang sudah macam itu, harap harap mereka istiqamah dengana apa yang mereka buat, tak ada perasaan bolak balik atau perasaan yang serba salah kalau itu yang mereka rasa terbaik, saya tumpang suka, semoga mereka bahagia lah dan kalau perubahan itu ikhlas mana tau nanti tiba tiba ada rezeki alang pregnant, 
"woooohoooo"
Dapat mak saya jadi Grandma, saya pula jadi Ummi Shikin hehehe Aminnn ;)

Actually entri sebelum ini saya ada tulis hajat saya macam yang sedemikian sedemikin tapi lepas kahwin nanti lah tapi tak sangka alang yang penuhkan hajat saya tapi alanglah yang merasa dulu, tak apa nanti boleh jadi tempat merujuk untuk penampilan saya pula.

Ok, itu sahaja nak membebel, tengah banyak idea pula kan tiba-tiba, kalau tak haram nak buat entri baru.
So, ok lah untuk kali ini, au revoir  ;0

p/s : niqobgirl sudah accept my friend request, harap sampai bila bila boleh berkawan dengan dia dan kak chik juga saya baru add, dia pun sudah accept, heeee bestnya :)
Untuk dear beloved Azan and Alang, jangan peduli apa kata orang, buat perkara baik memang selalu mendapat tentangan dari orang yang tidak faham deen itu sendiri. Jadi,  biaqpidepa sibuk bukan dapat apa pun dok mengata orang, baik pergi mengaji balik kalau perangai macam itu.kannn