Ok, saya baru sahaja mendapat kerja baru.
Nak kata menarik, ok je sebab kerja pun senang nak kendali
Saya pun duduk je dekat kerusi, menghabiskan masa tengok "You Tube", buat blog,
( baru nak up :Pi )
( baru nak up :Pi )
cari bahan untuk hiburan telinga, belajar benda baru, dan yang paling penting sekali saya kena amanah dan bertanggungjawab terhadap premis ini, kerana jika apa-apa berlaku saya akan menjawab pertama-tama dengan tuan premis ini, kemudian akan ditanya pula oleh Yang Maha Adil kelak.
Jadi kesimpulan kerja saya, ok je untuk yang kaki internet boleh lah saya mencadangkan kerja seperti saya,
belajar mengendalikan premis, mana tahu kalau ada rezeki lebih boleh buka satu kan?
Sebab saya mahu juga bekerja untuk diri sendiri, berbakti untuk diri sendiri selepas puas menjadi pekerja orang/syarikat, melayan kerenah mereka. Semoga dengan kesabaran saya ini, saya akan lebih berdaya saing untuk kejayaan diri ini juga.
Ok, banyak betul ok sebab saya rasa ok itu macam kelegaan sebentar dari kelelahan berfikir, jadi ok itu je saya mahu membebel hari ini. Ayuh layan lagi video untuk kamu dan untuk kalian :)
Camera Obscura - The Sweetest Thing