Hari ini, sakit perut dari pagi tadi, baguslah keluar la wahai en.tahi, sudah penuh dalam tangki ini, muahahahaha :D rasa ringan sedikit badan sebab toksik membebaskan diri.
Ok, so saya mahu mengomel apa eh? Oh ya, saya mahu bercerita tentang obsesi terkini saya ialah : Saya mahu kahwin lalalalala, tahun ini ikut perancangan saya sendiri, hehehe sebenarnya kan saya ada post status saya dalam fb tau, saya tulis "Mother, jangan lah paksa i kahwin, i tak ready lagi, masak air ja i tau" lebih kurang la macam itu ( malas nak buka fb ) tapi bila fikir fikir balik, saya memang sudah ready mahu jadi isteri orang dan lebih cantik lagi dapat jadi mak orang ooo la la ~ ~
Saya tak tahu kenapa dengan saya ini, tebiat apa tiba tiba rasa teruja nak kahwin kan, tahun ini pula itu kalau boleh, tarikh cantik weh, hari pun cantik dan berkat jadi automatik memang mahu bernikah terus tahun ini, tapi saya tak buat macam orang lain la agaknya, tak ada bertunang terus ja sekali jalan hah senang. Weee ~ ~
Tapi, ini hanya perancangan sahaja, bukan sudah muktamad pun, sebab keluarga belah sana itu, kalau boleh mereka suruh awak itu stabil, ada kereta, ada rumah, ada duit simpanan baru boleh kahwin dengan saya ini. Keluarga belah saya pula, tak kisah sangat, cepat ka lambat ka, janji ada orang juga orang nak ambil saya jadi bini kan, kelaz sangat.. hehee
Jadi berangan la Norashikin ini hari hari, tentang perkahwinan yang dirancang sendiri, nanti nikah dekat mana, tak nak sanding dekat rumah sendiri, hantaran saya nak 1 barang sahaja, saya nak pakai baju kebaya Pahang warna polos atau warna tanah, saya nak pakai khidmat kawan saya untuk make up dan fotografi, saya nak sanding malam eh awak, sejuk sedikit orang ramai datang nanti, bla bla bla bla, saya tak jemput ramai sangat, hey banyak saya hah berangan, keluarbeberapa ekor jerawat singgah atas muka ini sudah. Haih
Hahahaha, seronok saya rasa kalau berangan berangan tiba tiba ja jadi betul eh, saya lepuk sepupu saya itu sebab badan dia mengeluarkan gelombang bunyi, ( ini sebab teruja lepas itu pukul orang kan hashikin ) lepas itu mesti kena sepuk balik hahahaha..Ok ok, ooo sangat teruja dan sangat menceriakan hari hari saya kalau saya keep on berangan ja kan selalu. I like this ok peeps.
( Tarik nafas, pejam mata, terkelip-kelip, hembus nafas dengan mood romantik ( hahaha bodoh ja saya bayangkan) ). Saya pun sudah janji, nanti lepas sah jadi isteri orang, saya terus akan mengubah perangai saya yang tidak elok kepada yang lebih elok dan molek, tak boleh hisap rokok jahanam lagi, ...........................Satu jam sebelum nikah, belek belek rokok, tengok lama-lama, ambil lighter terus hisap dan berkata "This is your last day to burn yourself with me, enjoy the priveleges ms. ciggie, muah" dan terus melupakan bayang-bayang "killer stick" itu dalam hidup saya. Oh sungguh dramatik ya, ya, sebab saya lagi rela meninggalkan cik ciggie dari meninggalkan en.hati saya. lalalalalala ~ ~
Dan saya pun terus berangan sambil menaip entri saya yang entah apa apa lagi selepas ini, saya berharap sangat apa yang saya hajatkan akan kesampaian dengan izin Kekasih Agung, Amin :)
Teruskan berangan dan berdoa semoga dapat menjadi isteri dan emak orang Norashikin.. yeah!! ( giggle ~ ~ )
No comments:
Post a Comment