Haha,ok saya rasa sungguh "energetic" hari ini sebab banyak idea mahu tulis blog kan tiba-tiba saja.
Tak apa, bagus Norashikin :) heeee.
Ok, saya kan sebenarnya suka berangan tau pasal masa depan, contohnya saya suka berangan nak beli rumah apa, nak beli kereta apa, nak jadi isteri siapa, nanti nak "settle down" dekat mana, hahaha siap lukis pelan rumah, dalam rumah nak letak perabot apa, dekat mana posisi perabot itu nanti, sungguh analitis ya sebab saya rasa puas dapat buat macam itu walaupun hanya berangan ja hampeh. Dari kecil dulu saya suka merancang sesuatu yang best-best lepas itu saya rasa "satisfaction" yang melampau ok. Memang macam haram kalau berangan ja kan tapi saya suka lah eeee ( giggle ~ )
Saya paling suka apa tau, kutip booklet iklan Tesco ka, Carrefour ka, Giant ka, Econsave pun ok lepas itu saya belek belek dalam booklet itu, tengok ada barang apa yang macam best ja, lepas itu saya terus list down apa yang saya nak beli, boleh gitu ? Lepas itu bukan beli pun barang itu. Hahahaha, sangat suka eh kalau dapat booklet itu, siap sanggup kutip booklet yang orang buang buang tepi jalan itu tau haa.
Biasanya saya suka berangan sendiri sendiri, lepas itu saya suka bercerita dekat awak saya itu, tapi dia tak berapa prihatin mahu mendengar, siap menyampuk tanya saya benda alah lain, last last saya cakap "awak, biar saya cakap sorang2, awak tak nak dengar saya tak kisah ok", dia sengih sahaja. cis betul
Ok lah, sakit kepala la tiba-tiba, hilang semua idea saya, haahaha, itu sahaja saya nak cerita, macam apa apa la Norashikin.ini. Ok, saya memang macam apa apa sebab saya lapar ini. Adui, macam nak pitam sudah.
Babai bai. lama tak post video eh, kasi satu video