Sunday, January 23, 2011

I still remembered yesterday

Macam-macam telah terjadi sepanjang 24 tahun bernafas di atas planet bumi ini. Suka, duka, pahit, manis, masam, masin, tawar teruk dan kebanyakkannya yang bersifat negatif, menghantui hidup saya selalu. Ianya seperti baru ja semalam berlaku. Saya rasa seperti kehidupan saya ini teruk dan pelik, tapi bila saya renung balik tak lah seteruk yang otak saya reka. Memandai ja si otak ini fikir bukan bukan, padahal sebenarnya mahu dikira saya beruntung la juga cukup segala sifat, tak merempat, merempit, tak meragut dan lain lain. Apa sahaja yang saya tidak bersyukur untuk terus hidup walaupun tekanan yang dihadapi sangat hebat.

Adakalanya saya selalu tertanya tanya tujuan saya dijadikan, untuk apa, kenapa, bagaimana, sampai bila, mengapa, aduh banyak betul persoalan, dan bila akal digunakan sebaik mungkin, hati berada di dalam keaadaan tenang, saya mendapat jawapan untuk persoalan itu.

Yup, setiap kejadian manusia atau makhluk ada hikmah disebaliknya. Manusia diberi peluang oleh Allah untuk menikmati kehidupan di dunia setelah dibacakan qada' dan qadar yang telah di tulis untuknya didalam Luh Mahfuz dan  bersetuju untuk meneruskan perjalanan ketika janin berada dalam peringkat "Nafkhur-ruh" iaitu peringkat dimana peniupan roh berlaku. Kitaran permulaan kehidupan berlaku di peringkat :"nutfah" iaitu peringkat di mana sperma menembusi ovum, dan hanya satu sperma sahaja yang berjaya masuk ke dalam ovum ya. Melalui peringkat nutfah, kemudian ke peringkat alaqah, seterusnya ke peringkat mudghah, naik ke peringkat izam dan lahm, melalui proses di peringkat nasy'ah khalqan akhar dimana janin telah lengkap penciptaannya dan pelengkap kejadian manusia iaitu nafkhur-ruh. MashaAllah Maha Suci Tuhan yang menciptakan, tidak pula ia diciptakan oleh mana-mana atau apa-apa.
Saya terkedu seketika merenung asal kejadian manusia yang kompleks dan rumit tetapi menjadi mudah jika Allah berkehendakkannya.

Ok, berbalik kepada cerita saya, membebel kejap untuk kesedaran diri :). 
Syukur saya sempurna fizikal luar dalam, tetapi masih mengeluh megenangkan nasib diri yang tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan kanak-kanak di Palestin atau di Somalia.Hmm...i am soo pathetic huh.

Tapi, perjalanan hidup saya tidak berapa sempurna dan seimbang, dan ia telah mempengaruhi "mode" sosial saya ketika saya masih kecil lagi, dan menjadi jadi setelah menginjak remaja. Standard remaja, orang tua cakap tak mahu dengar, dia fikir apa yang dibuat semua betul, hahaha...
Remaja saya tidak luas pandangan tetapi luas pengalaman, banyak yang saya belajar, walaupun payah tetapi saya tetap teruskan juga.untuk berdiri sama macam orang lain, tidak mahu rasa saya ini pelik atau bermasalah, syukur ada pembakar semangat ketika itu. ( Atuk Rahim, Yaya, dan kawan kawan yang setia mendengar keluh kesah saya, terima kasih ya. )

Lepas segala beban selepas saya lari dari punca masalah ketika itu, lega gila haa...dan saya jumpa kawan yang telah menolong saya, terhutang budi teruk dengan kau lah kawan. ( Siti Noraisyah Tahir ). Dia kawan yang entah apa punya baik hati, ikhlas membantu saya ketika saya dalam keadaan bingung dan hampir berputus asa. Credit to her family too, they are so kind towards me :) merci beaucoup. Waktu ini saya mula rapat dengan "cousin" belah mak saya yang jelita? jelita kah? jelita la noks ( Nurhidayah Samsuri ). Ingatkan dia tak begitu "best", tapi dia memang "best". Gila kau, dia punya mulut kalah Azwan Ali tau kalau bergosip masa "pillow talk" hah kau. Sayang awak :)

Bersama kawan saya itu, saya menjadi luas pandangan tambah luas pengajaran. hehe bagus bagus, saya tua dari dia setahun tapi dia lagi banyak nasihatkan saya macam macam. Ok, lepas itu saya berkawan dengan kawan kawan dia yang "cool" lah masa itu, tambah luas lagi pandangan saya waktu itu. Berkawan punya berkawan, boleh pula bercinta dengan kawan dia, David John, the loser ( bukan nama sebenar ), dua tahun lebih bercinta teruk. Jumpa pula kawan baru ( Nurul Nadia Abd Azis ). Dia peramah dan tak sombong eh, kepala dia lagi lah gila rupanya, ingatkan saya ja gila. Dari dia saya jumpa kawan saya dari dia ( Noraisyah Azman ) dan ( Baby Rina ). Lagi gila kalau ramai ramai jumpa nak nk "time" pillow talk". Memang lah saya selalu macam tak ambil bahagian sangat tapi saya suka la "sleepover" dan bergosip.Hahhaha saya ingat lagi masa itu, teruk semua "terbang ke langit" kecuali yahh, ingat tak awak awak semua :)

Ok, sambung cerita pasal David John, dua tahun lebih bercinta, relaks ja saya buat hal pula, we called it quit. Semua bengang dengan saya, they "blamed and "damned" me, Saya faham memang salah saya pun, tapi saya tak minta orang lain menjadi hakim tidak rasmi saya ok. Anyway some of you don't have any clue what had happen actually, it's about my future and my view toward his responsibility. Thank you all for your nasty comment and your intolerant judgement, merci :)

Sudah sudah dengan cerita itu, saya kenal pula dengan si Jonathan Seifield, the punk rocker ( pun bukan nama sebenar ). Actually saya jumpa dia masa kawan lagi dengan David John itu. Ok, tak mahu cerita apa telah tejadi, anyhow it's my dignity to keep it secret walaupun semua tahu cerita.Hahaha..
Ok, masa kawan dengan Jonathan Seifeld ini, macam macam telah berlaku, dan saya rela mengaku saya tak pernah ada apa apa "affair" pun dengan dia, kira sekadar berlawak je la masa saya kawan dengan si Jonathan Seifield ini. It was fucking funny and bullshit at the same time.Hahaha "you sucks dude"!!
Masa ini saya banyak belajar tentang kepercayaan, keikhlasan yang suci, tentang cinta itu tidak wujud jika ianya berdasarkan fizikal semata mata.Fuck love!.Uih marah betul saya ini, memang saya marah tau tapi saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu daripada musibah itu. Iaitu "forgive and don't forget", cih saya ini. I've learned my lesson now.

Ok, move on to the next stage of my miserable life ( oooohh  ), selepas kejadian itu, saya serik dengan semua itu, seram dengan "amore amore" ( macam nama hantu yang cute, saya bayangkan  muka dia macam Stitch tapi taring panjang dan kulit warna pink bulu-bulu boleh ? ) dan saya berjanji dengan diri sendiri tak akan senang senang ja mahu suka dekat siapa siapa, serik oi. Jadinya saya banyak masa dengan "girlfriends" saya, lagi syiok solo. Pergi mana mana pun tak siapa kisah kan kan kan.

Saya bahagia tapi saya mengaku sebenarnya "i can't live by myself", jadi saya sudah melupakan janji saya itu dan berkawan dengan dia ini. Mari berkenalan dengan Mr Mark Morton, the classic lad ( lagi bukan nama sebenar ), saya jumpa dia dekat Johor Bahru dan cerita bagaimana saya berkenalan dengan Mr Morton terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab yang sengaja dirahsiakan ok. 
My first impression towards this Mark guy is he was so mute and isolated. He does crack a joke but..please help him Mr. Jack Black!! i don't understand it  ( sorry can't help it ).:)

Saya belajar kenal perangai dia, nampak ja garang kalau lama lama perhatikan perangai dia tepuk dahi juga tengokkannya.Tapi kan memang mula mula susah nak faham tapi lama lama boleh la bertoleransi sedikit kan. Saya kawan dengan dia pun banyak juga serangan tekanan melanda, tapi saya boleh terima dan melawan dengan baik sekali ya. Dia banyak nasihatkan saya supaya jangan ikutkan sangat budaya taksub dengan perangai tidak sopan ok. Alhamdulilah, saya berjaya membuang banyak perangai hodoh dan bodoh saya yang sia sia itu. Tinggal sekarang mahu menjadi lagi terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua yeahh

Dan sekarang saya rasa sangat "best"dan bersemangat unruk terus berjalan di atas bumi yang fana ini ok. Sebabnya, saya rasa diri lebih dihargai dan bernilai di mata Mr Mark Morton yang handsome itu. Ada juga kawan buat bergaduh mulut eh, berbual. bergosip, bercinta, dan berkahwin nanti...( kelip-kelip mata ) boleh gitu.

Ok lah, sudah habis cerita saya, macam kurang ja isi cerita ini. Peduli apa kan janji cerita kan kan kan. 
Pour vous mon amour, je vous aimerai toujours et oui vous êtes l'homme le plus élégant que je rencontrais jamais. For my girls, i love you guys and we will have some more night together and pillow talk eh.

p/s : Mr Mark Morton sudah tukar nama sempena berkawan dengan saya yang melayu ini, so his name will be Nazrie Abd Aziz , baru boleh kahwin kalau nama melayu ( haprak statement ini hehe ).