Ohh Eropah, saya sungguh teruja apabila Aisya Azman bagitahu idea dia nak pergi "backpacking" ke Eropah. Wauuuuu .
Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat nak pergi "travel" ke Eropah sebab saya rasa mesti seronok dapat melihat negara luar yang maju seperti Eropah itu kan. Wee terujanya saya sampai sekarang ini sebab kali ini saya betul betul nak pergi sebelum saya menjadi isteri orang ( ehem ).
Saya rasa teruja sangat ini sampai nak buang air pun asyik berangan, last last tak nak keluar pun en. tahi itu hmmm..
Ahhh nak pergi nak pergi nak pergi Eropah, semalam baru saya tanya teman sejati dekat dihati saya itu, saya tanya : "Awak, saya nak pergi backpacking ke Eropah, girls only hehehehehe" ... Lepas itu dia jawab : "Ah nanti kau orang sampai sana, mabuk mabuk la apa la ( nada kurang percaya ). Saya balas balik : "Hey hello, kawan kawan saya semua itu tak minum alkohol ok. Kitorang pandai jaga diri eh. Dia : "Ye je, siapa yang pergi nanti?". Saya : My bestfriend la, hehehehe . Dia : Siapa la?. Saya : Ala u knows who. Dia diam ja, lepas itu saya pun cakap lah, "Saya sayang awak kalau awak kasi saya pergi ( sambil bermanja ). Dia : Ceh kau kan, macam ni baru nak sayang...
Hahhahaha senario di atas tiada penyambung sebab saya buka cerita lain pula, ok so saya sangat mahu pergi Eropah, jadinya saya kena lah simpan duit kan sedikit sedikit, kena berjimat cermat, tak beli bukan bukan, tak makan dekat luar sangat, kurangkan merokok ( ehem ) hmmm lepas ka nak simpan sampai 20 000MYR nanti, adui la hai. Kalau tak cukup misal kata, saya nak buat "personal loan" lah dekat bank, hah sanggup sampai macam itu sekali sebab nak sangat pergi tau!!
Saya sudah Google tips tips untuk menjadi backpackers yang berjaya bila mula travel nanti hahahaha teruja tau tak tau kenapa. Mungkin sebab perancangan mahu pergi bersama girlfriends sahaja kot..weeee :) ataupun sebab saya memang nak pergi sangat, apa apa lah Norashikin.
Jadi, saya berharap dapat "standby" duit, fizikal dan mental saya bila peluang itu sudah sampai, saya teruskan sahaja niat saya, tak nak toleh belakang lagi, here we go Europe ~ ~ ( TERUJA OK )
Ok, saya nak prepare dari sekarang, harap harap dapat pergi tahun depan dalam hujung tahun depan ka,hehehehe balik dari backpacking itu, saya nak terus bernikah dengan awak sayang. Boleh tak? Ok, boleh,( saya yang jawap sendiri ini huh.. )
Tak sabarnya saya ini, kumpul duit kumpul duit kumpul duit kumpul duit sebab saya nak pergi EROPAH. hehehehe :D