Pengalaman saya selama saya mula pandai naik bas dari zaman kanak-kanak, ke remaja sehingga sekarang zaman belia ialah kelakuan manusia yang macam-macam jenis orang saya jumpa.
Saya mula naik bas tambang masa saya pindah sekolah rendah yang baru, Sek Keb Sri Tebrau, Taman Sentosa. Saya belajar naik bas sebab saya selalu kena tinggal dengan pakcik saya, alasan munasabah beliau tinggalkan saya : lambat sangat nak siap, apasal pula? hah nasib baik rumah saya dekat Stulang Laut masa itu, dekat juga lah kalau naik bas tapi masalahnya bas dari Stulang tak ada direct ke Taman Sentosa, kena turun dekat bus stop yang berhampiran ( itu pun berpeluh ketiak nak jalan ) lepas itu jalan kaki, jauh gila haih.
Bila saya sudah pandai naik bas sendiri, apa lagi gatal lah kan kaki ini nak pergi bandar sendiri boleh gitu, tujuan nak pergi bandar kurang jelas hahaha lupa lah tapi ada satu kali itu, ada seorang pakcik bisu ini duduk sebelah saya, kemudian dengan bahasa isyarat dia cuba nak berbual dengan saya, alahai mana lah saya nak faham sangat, tapi saya layankan juga, macam pelik ja berbual pakai bahasa isyarat, tak apa lah orang tua, hormat apa salahnya kan, lepas itu, dia pegang tangan saya, berbual bahasa isyarat tanya, tak pakai jam ka? saya pun geleng geleng kepala, ehem sepanjang perjalanan dalam bas itu sebenarnya tangan dia macam semacam sejenis tangan yang gatal tau, tapi masa itu saya budak darjah 6, mana tau sangat maksud apa itu, pakcik itu macam asyik nak berbual ja, saya angguk geleng, angguk angguk lagi, sebab bahasa isyarat khas saya tak pandai, lepas itu, dia macam ajak saya ikut dia turun sekali, saya macam layan ja la angguk kepala, dia macam cuba sampaikan yang dia nak belikan saya jam, saya rasa teruja sedikit, ( boleh ? ) tapi masa pakcik itu nak turun, saya tiba-tiba rasa tak sedap hati lah, berat hati lah, dia tarik tarik tangan saya suruh ikut dia, saya buat isyarat tangan maksudnya tak nak, dia ada hati lagi itu nak ajak saya sambil tangan sebelah dia tunjuk tunjuk dekat jam tangan dia, saya malas nak layan dan geleng kepala. Last last dia malas nak layan perasaan sangat dia terus pergi. Dalam otak terus bermonolog : 'Ye ja pakcik bisu ini nak belikan aku jam, entah-entah nak culik aku lepas itu jual dekat Thailand, takpun nak buat jahat dekat aku, ish'. Bahaya siot bila saya fikir balik, nasib baik tak materialistik kan, kalau fikir dapat jam tangan baru memang ke laut la saya masa itu, ~
Kebanyakkan masa lapang saya dalam bas, biasa tengok pemandangan luar, tunduk bawah tengok bawah, buat-buat tidur, tidur dan saya bukan jenis yang suka melakukan hobi merenung orang, menjeling, melihat dengan tekun, lepas itu kutuk dalam hati, tapi kalau ada orang yang macam sial, buat perangai tak bermoral, biasa saya tak tengok, saya terus kutuk dalam hati lebih kurang : ' Alamak, ingat kau sorang bayar tambang ka?' atau 'Macam babi' .. lepas itu saya buat hal sendiri. Tapi saya paling bengang sekali apa tau, kalau ada orang tua, kakak yang ada anak kecil, kakak mengandung, OKU naik bas, kebetulan bas penuh, tak ada seorang makhluk pun yang akan bangun untuk memberi tempat duduk mereka, siap buat muka tahi, muka tak tahu apa-apa, selamba babi, depan dia ada makcik pun dia buat bodoh ja, sakit hati pula tengok mereka, tapi nasib baik ada lagi manusia yang prihatin itu pun 1 2 orang ja, yang lain hanya pentingkan diri mereka sebab mungkin rumah mereka jauh lagi kot, eh c'mon lah society, mengalah tempat duduk untuk orang seperti diatas bukannya beban sangat, anyhow, you will get what you give, biasa ikut pengalaman saya, mengalah tempat duduk untuk mereka, 5 atau 10 minit kita dapat tempat duduk lain tambah dengan hati yang gembira kannn.
Itu satu hal, yang lain hal pula, suka nak tengok-tengok cari pasal dengan orang, apahal eh? tak ada perkara yang lagi best ka nak buat selain tengok-tengok cari pasal, macam haram tau tak rasa bila kena perhati atas bawah lepas itu siap kasi hadiah jelingan maut macam nak ajak wrestling pula, ish sekali aku tapak muka dia, mesti tak insaf lagi kan, hahaha macam bodoh ja orang macam ini, kebanyakkan perempuan yang suka betul tilik-tilik orang lepas itu buat muka tak puas hati dalam hati kutuk 'peh, mekap kau kan, macam alamak sangat kampung' alahai macam lah mekap dia cantik sangat nak kutuk mekap orang kannn.. haaha
Lagi satu kelompok pengguna bas tegar yang paling menjengkelkan ialah lelaki yang suka melakukan tabiat 'ogling'. Macam bab i la saya cakap dekat lelaki yang macam ini, tengok perempuan macam nak telan, tak pernah tengok perempuan kot, baru keluar dari hutan mana eh engkau orang lelaki yang macam ini.. Kalu takat tengok sekali imbas tak apa, masih waras lagi lah, ini tengok kejap, kejap-kejap tengok, tengok dada, tengok punggung, tengok segala yang ada dekat perempuan, ish tak faham apa ada dalam kepala otak mereka itu, tolonglah kalau nak buat kerja pun, agak-agak lah, ini sampai "obvious' sangat. ciss
Itu belum masuk lagi kumpulan budak-budak sekolah yang hiruk pikuk dengan lagak remaja cool kepala jadah mereka, budak perempuan mengeletis, budak lelaki perasan best, adui saya pun pernah melalui fasa alam remaja macam mereka, tapi tak ada sampai dangkal macam monyet bila masuk dalam bas, masing masing nak tunjuk siapa lagi bergaya, siapa lagi pandai mencarut dalam English kira paling up la kot, hahahaha macam haram budak-budak sekarang ini, tolonglah nak usha saya masa itu, sudah lah kau orang semua bau busuk ada hati nak kurang ajar dengan saya, siap ingat saya ini bangsa lain, c'mon la remaja melayu, sila beradap dengan orang lain walaupun bukan bangsa sendiri, cis betul mereka ini, saya bengang dengan perangai biadap mereka terus saya pergi duduk depan sekali hahh
Passenger yang busuk luar dan dalam, sila cermin diri dulu ok ( perasan best ja mereka ini, ingat orang lain tak ada perasaan agaknya.. cis )
Saya tau sekarang ini, kawan-kawan saya memang tak pandang bas sebagai kenderaan untuk ke mana-mana, mereka lebih cenderung untuk naik kereta sendiri atau tumpang kawan yang ada kereta, senang katanya, betul juga tak ada lah mereka terkena macam saya kann. Teman hati saya lagilah, tak pernah nak naik bas tambang ini, lagi selesa naik motor katanya, eleh sekali sekala apa salahnya kan, tapi dia tak nak juga, hmm pelik eh apasal ah ?
Ok, saya tau saya memang suka menyusahkan diri saya dengan naik bas sebab itu ja yang saya mampu, buat masa sekarang, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, beli kereta senang cerita, kurang masalah dengan orang-orang yang seperti di atas, hehehe
p/s : i am in the middle of the sick sick society yet multiracional harmony community :o
No comments:
Post a Comment