Thursday, March 17, 2011

Is it ?

Heaven o ~
Hari ini, saya nak cerita pasal orang tua, yep orang tua yang menyuruh dan menasihati kita untuk berbuat baik, jangan terlalu kebaratan sangat, nilai-nilai murni, senang cerita semua perkara yang baik lah, kedengaran seperti biasa kan dan sangat bagus, tapi yang saya tak tahan sangat itu, orang tua yang menyuruh kita berbuat kebaikan itu melakukan perkara perkara yang lebih kurang tak elok juga kalah orang muda, faham tak?

Saya rimas la dengan orang tua yang macam ketam mengajar anak dia jalan, sedangkan ketam itu sendiri jalan senget, haihh macam mana itu. Saya cakap macam ini bukan bermaksud semua orang tua la, hanya minoriti ja yang bersikap demikian, 1/10 000 la senang cerita orang yang macam ini.

Bila kena nasihat supaya berubah kepada yang terbaik, saya biasanya dengar dan melontarkan vokal tona rendah :
"YE"
"OK"
"HMM"

sebagai menghormati mereka yang lebih dulu makan garam dari saya. ( ehem ). Saya memang tak akan melawan balik atau memberi ceramah belia mudah lupa kepada orang orang tua itu, kerana mereka mesti tidak akan menerima pandangan saya yang mentah dan kurang matang ini. haihh nasib badan saya kecil, tapi otak tak kecil untuk menerima pandangan dan nasihat sembrono ala baik mereka. Tolong lah faham wahai orang tua, saya bukan tak nak menerima nasihat, teguran untuk masa depan saya, tapi kalian sendiri lebih kurang ja macam saya, macam mana itu.

Jadinya, saya rasa keberatan nak berjumpa lagi orang-orang tua itu, bila jumpa sahaja, tanya "Bila nak kahwin kin? Laaa, jodoh pertemuan, ajal maut kan kerja Tuhan, mana lah saya nak tahu bila saya akan betul-betul kahwin dengan kawan hati saya, yang boleh saya jawab dengan mereka
" Hujung tahun la kot " ( sambil lewa )
sebab nak sedapkan hati mereka yang risau kalau apa apa terjadi, mereka juga yang dapat nama buruk. Sangat pentingkan diri sendiri ok, saya tahu memang patut pun mereka risaukan saya, tapi kalau niat tak betul, tak boleh buat apa la kan.

Itu pasal jodoh, kira boleh lagi lah nak masuk campur, saya tak kisah sangat, tapi bila nak nasihatkan saya pasal hidup saya, kerjaya saya yang bukan mulia sangat ini, setakat alahh jaga cc berapa sangat la dapat, mereka selalu mempertikaikan apa yang saya buat, niat saya kerja ini pun sebab saya mahu belajar tentang pengurusan cc, tak kisah la gaji kecil tapi saya suka kannn,  mana tau kalau ada rezeki esok, boleh buka cc sendiri, tapi pada pendapat mereka, baik kerja yang menjamin masa depan, seperti kerja di perbankan, kerja kerajaan, siap suruh saya minta jadi ustazah itu yang saya ter....teruja? terpesona? tak, terpana sekejap sebab kata mereka jadi ustazah ini bagus, propek kerjaya yang meluas contoh, malam lepas balik kerja boleh ajar budak budak mengaji, memang bagus pada fikian saya, tapi masalahnya, 
"saya layak kah menjadi ustazah hah"?
 What do you think fellas? Sesuai tak saya jadi ustazah yang konsisten dan komited terhadap kerjaya mulia itu?  Saya bagi 4.5/10 ja sebab saya tahu kebolehan saya sampai mana. Bukan sombong atau memandang rendah terhadap profesion perguruan, lagi lagi guru agama, tapi saya rasa saya kurang layak medidik anak orang lain, siapa pula saya kan nak mengajar mereka menjadi insan kamil, sepatutnya individu yang terdedah dengan persekitaran yang positif dan bebas maksiat ja yang lebih layak untuk menjadi guru agama, am I right? No? You should ask yourselves for that.

Hmmm, kadang kadang saya rasa orang tua yang seperti ketam itu patut bermuhasah bermuhasabah diri, sebelum mentazkirahkan saya apa yang baik untuk saya, i should know myself better because you're not even there during my physical and emotional stress moment.  I'm not blaming  you orang tua, I' m not what you guys think.

Saya bukan budak yang belum mumaiyiz, naif, not even mental retarded Alhamdulillah, yang perlu di asuh, di didik semula, tidak tahu apa yang berlaku, what is it all about? Saya rasa saya tahu menggunakan akal lebih dari nafsu, mengunakan gerak hati bila akal buntu? what is it with the fuss? Saya rasa saya dipelakukan macam orang bodoh, do this. do that, not that one, this one, tapi orang tua selalu tidak mengaku yang mereka buat semua ini kerana mereka enjoy menjadi diktator, yes, mereka akan mengatakan "we care about you, dear, listen to us" arghhh  semak tau jadinya.

Biarlah orang nak label saya ini apa ka apa ka sebab membesarkan hal yang remeh macam ini, sebab hanya orang yang pernah rasa ja faham apa yang saya alami, yang tak faham itu, memang mereka beruntung, saya pun tak minta mereka faham, Cuma, buat orang-orang tua itu, saya harap baik mereka ubah diri mereka dulu sebelum mengubah saya, sebab saya kesian dengan mereka, sangat ok sebab tak ada kesedaran sivik dan tak cermin diri sebelum menjadi mentor tidak bertauliah saya, Apa apa pun terima kasih untuk perhatian dan nasihat berguna, saya ambil apa yang patut la, dan saya menjadi semakin kurang menghormati mereka sebagai orang tua.

Sorry, can't help it :(

Where the wild things are?

Malas!!
Mana la semua orang pergi?

Lapar!!
Duit ada rm1, beli roti la.

Bye!