Tahun arnab yang saya harap akan mendatangkan tuah, untuk kesejahteraan bersama.
Tahun untuk memperbaiki diri, merujuk kepada Yang Benar dan juga meneliti segala kesilapan terhadap zat Agung dan juga makhluk. Ok, saya mahu mulakan dengan terima kasih kepada yang telah membantu saya menghadapi segala tekanan dan pengaruh kehidupan yang merimaskan.Saya sayang awak ok. :) .Kemudian kepada kawan-kawan yang selama ini bersabar dengan perangai haram jadah saya, saya sayang kalian juga.
Video pertama untuk kamu dan kalian.:)
Saya sebenarnya berharap tahun ini tahun yang penuh dengan kemaafan dan senyuman yang manis ok. Sebab serasa saya, banyak betul saya melukakan hati orang dengan kejahilan moral dan kecetekan akidah ~ ~ ( sigh ).........................
Saya sangat amat mahu meminta maaf dengan mereka dan memberikan mereka bunga barangkali?
Sebab setiap malam sebelum tidur saya akan memandang siling rumah dan saya akan mula bercakap dengan saya yang no. 2. Ini buka cerita fiksyen, ianya benar semata mata.
Mungkin juga kerana saya terlalu memikirkannya. grrrr~
Saya juga berharap kali ini tiada lagi perkara-perkara bodoh lagi bangang saya lakukan.
Kebodohan hanya untuk teori Darwin dan evolusi beliau.