Monday, March 7, 2011

Kukup

Last weekend saya pergi Kukup tau, sebab kena ikut, tak ada siapa dekat rumah, ikut ja la kan. Jauh juga eh nak pergi Kukup, dulu dulu saya teringin nak pergi Kukup sebab "seafood" depa terbaik ok. Saya pergi Kukup itu pun sebab si encik hati saya punya kawan nak pergi memancing, kebetulan encik hati free malam itu, jadi dia ajak lah saya temankan dia sekali katanya.

Kemudian gerak dari JB pkul 11 lebih macam itu, sampai Pekan Nenas singgah kejap beli air, makanan ringan apa apa la buat alas perut nanti, dan gerak ke Kukup, sampai dalam pukul 12 lebih macam itu lah. Lepas itu, kami pergi beli makanan lagi, beli nasi lemak 6 bungkus hah kau, sebab nasi lemak dia 0.50 sen, kecil sahaja, beli lah banyak-banyak takut kebulur, hehhe.

Sudah beli makanan, kami kena masuk dalam perkampungan nelayan dan kena jalan dalam 0.8 kilometer kalau mahu pergi ke jeti tempat pancing ikan itu, Jauh tak jauh juga, lenguh kaki ada sedikit.  Sampai dekat jeti itu, rpa rupanya sudah ada orang la mancing dekat situ, dalam 8 orang macam itu, ingat "port" mancing itu tak ada orang na mancing, ada juga orang haih.

Tak apa lah, rezeki kongsi sama sama kan baru best kan kan, ok dia orang dua orang "setting" joran, saya apa lagi, lapar ini tau nak makan nasi lemak tadi, harap harap sedap walaupun kecil ja, hahaha.
Emm, pergh sedap siot nasi lemak mak cik itu, sebenarnya saya memang mencari nasi lemak 0.50 sen itu, teringat masa zaman-zaman sekolah kan, kecil tapi sedap weh, ooohhhh  habis saya makan 3 bungkus, encik hati pun cakap sedap, dia pun habiskan 3 bungkus itu,
Nasi lemak 0.50 sen Kukup malam malam : SEDAP!!

Hahahaha, kemudian, saya penat, saya baring sahaja sejuk sejuk atas jeti itu, habis itu nak baring dekat mana la kan, baring ja sementara tunggu dia orang punya ikan naik, tapi tak ada pun ikan naik, sampah ada lah hahahahahaha...doi.

Dalam pukul 5.00 pagi semua orang yang mancing dekat situ semua balik tau, tinggal kami sahaja tunggu ikan, last last kawan encik hati dapat satu ikan apa entah, ikan kecil sangat, alahai ikan juga beb, selang 15 minit kemudian, tiba tiba ikan macam banyak pula, dapat lah ikan sembilang, ikan duri 2 ekor dengan ikan apa entah lagi satu itu, ok lah dapat juga isteri kawan en hati itu masak buat makan kannnnnn.

Tiba-tiba hujan turun, kelam kabut kami angkat barang, teduh kejap dekat tempat teduh ( haa ? ) lepas hujan sudah reda sedikit kami terus gerak, takut lengah lengah nanti hujan makin lebat, tapi Alhamdulillah, hujan terus reda masa kami na balik itu, jauh kau nak keluar balik dari perkampungan nelayan itu ok.

Ok, saya memang tak pandai buat karangan ayat ( apa ini ? ) jadi malas nak buat panjang panjang, takut membosankan nanti, ok jadi, pengalaman pergi Kukup ok ja kot, sebab function tengok orang lain mancing, lain lah kalau saya yang mancing kan, thrill sedikit ye tak, hehehe, jadi, saya harap saya dapat datang lagi dekat Kukup itu bersama kawan-kawan saya pergi makan seafood depa yang sedap lagi murah itu, yeah.

Jum kawan kawan pergi Kukup nanti eh.

Friday, March 4, 2011

Diri



Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari Keredhaan
DariMu Tuhan…Ku

( Al fatihah untuk Ustaz Asri )

Pergi mengaji English!

Siapa siapa yang baik hati mahu ajar saya English languages terutama sekali dalam bab grammar dan karangan ayat sila lah bantu saya ini. Sebab kedang kadang tak cukup yakin dalam membuat ayat dalam English medium tapi saya cuba juga yang terbaik ok.



"TERIMA KASIH"

Current Obsession

Hari ini, sakit perut dari pagi tadi, baguslah keluar la wahai en.tahi, sudah penuh dalam tangki ini, muahahahaha :D rasa ringan sedikit badan sebab toksik membebaskan diri.

Ok, so saya mahu mengomel apa eh? Oh ya, saya mahu bercerita tentang obsesi terkini saya ialah : Saya mahu kahwin lalalalala, tahun ini ikut perancangan saya sendiri, hehehe sebenarnya kan saya ada post status saya dalam fb tau, saya tulis "Mother, jangan lah paksa i kahwin, i tak ready lagi, masak air ja i tau" lebih kurang la macam itu ( malas nak buka fb ) tapi bila fikir fikir balik, saya memang sudah ready mahu jadi isteri orang dan lebih cantik lagi dapat jadi mak orang ooo la la ~ ~

Saya tak tahu kenapa dengan saya ini, tebiat apa tiba tiba rasa teruja nak kahwin kan, tahun ini pula itu kalau boleh, tarikh cantik weh, hari pun cantik dan berkat jadi automatik memang mahu bernikah terus tahun ini, tapi saya tak buat macam orang lain la agaknya, tak ada bertunang terus ja sekali jalan hah senang. Weee ~ ~

Tapi, ini hanya perancangan sahaja, bukan sudah muktamad pun, sebab keluarga belah sana itu, kalau boleh mereka suruh awak itu stabil, ada kereta, ada rumah, ada duit simpanan baru boleh kahwin dengan saya ini. Keluarga belah saya pula, tak kisah sangat, cepat ka lambat ka, janji ada orang juga orang nak ambil saya jadi bini kan, kelaz sangat.. hehee

Jadi berangan la Norashikin ini hari hari, tentang perkahwinan yang dirancang sendiri, nanti nikah dekat mana, tak nak sanding dekat rumah sendiri, hantaran saya nak 1 barang sahaja, saya nak pakai baju kebaya Pahang warna polos atau warna tanah, saya nak pakai khidmat kawan saya untuk make up dan fotografi, saya nak sanding malam eh awak, sejuk sedikit orang ramai datang nanti, bla bla bla bla, saya tak jemput ramai sangat, hey banyak saya hah berangan, keluarbeberapa ekor jerawat singgah atas muka ini sudah. Haih

Hahahaha, seronok saya rasa kalau berangan berangan tiba tiba ja jadi betul eh, saya lepuk sepupu saya itu sebab badan dia mengeluarkan gelombang bunyi, ( ini sebab teruja lepas itu pukul orang kan hashikin ) lepas itu mesti kena sepuk balik hahahaha..Ok ok, ooo sangat teruja dan sangat menceriakan hari hari saya kalau saya keep on berangan ja kan selalu. I like this ok peeps.

( Tarik nafas, pejam mata, terkelip-kelip, hembus nafas dengan mood romantik ( hahaha bodoh ja saya bayangkan) ). Saya pun sudah janji, nanti lepas sah jadi isteri orang, saya terus akan mengubah perangai saya yang tidak elok kepada yang lebih elok dan molek, tak boleh hisap rokok jahanam lagi, ...........................Satu jam sebelum nikah, belek belek rokok, tengok lama-lama, ambil lighter terus hisap dan berkata "This is your last day to burn yourself with me, enjoy the priveleges ms. ciggie, muah" dan terus melupakan bayang-bayang "killer stick" itu dalam hidup saya. Oh sungguh dramatik ya, ya, sebab saya lagi rela meninggalkan cik ciggie dari meninggalkan en.hati saya. lalalalalala ~ ~

Dan saya pun terus berangan sambil menaip entri saya yang entah apa apa lagi selepas ini, saya berharap sangat apa yang saya hajatkan akan kesampaian dengan izin Kekasih Agung, Amin :)
Teruskan berangan dan berdoa semoga dapat menjadi isteri dan emak orang Norashikin.. yeah!! ( giggle ~ ~ )