Tuesday, February 8, 2011

Muhasabah Diri

What the banana is going on?
I tell you what, this is damn nonsense
Remember the entry about "The Arrival" impact towards my minds and my soul then suddenly i just finished reading this blog written by "Hamka" in his "keretamayat.blogspot.com". I was paused by his entry about "Theory of Conspiracy" made by certain group according to him such a big dope liar and those who believe it are just average fool monkeys.

Ok, saya melihat perkara ini ( percanggahan pendapat ) sebagai cabaran untuk diri sendiri sama ada percaya atau tidak dan itu telah membuatkan saya nampak seperti paranoia dan foolish jika saya percaya bulat bulat tanpa usul periksa atau penghayatan yang mendalam. Tetapi perkara ini juga membuatkan saya tersedar semula yang kemungkinan berlaku teori konspirasi ini untuk memomokkan manusia amnya dan umat Islam khasnya, dan saya bertanya kembali : untuk apa diciptakan teori sebegini jika niat hati ingin menyelamatkan manusia dari terus dibuai oleh kehangatan asmara dunia ehem nak ketawa kejap ( muahahaha :D )
Ok, continue, saya pun jadi keliru dengan percanggahan pendapat ini dan saya pun terus bengang gila dengan apa yang telah "The Arrival" cakupkan menyelinap di hati dengan paparan video yang berkesan terus ke Qalb.

Saya pun terpana kejap bila ada orang lain mengeluarkan kenyataan siapa yang percaya dengan benda benda alah ini semua: Bodoh
Adui sakit kepala kejap bukan fikir siapa yang saya nak lebih percaya ini tetapi sakit kepala tengok situasi macam ini,. Sebelah pihak telah bersusah payah membongkar rahsia sampai ke dalam kain, rahsia rahsia, agenda agenda, dengan harapan ingin mengajak manusia kembali kepada Yang Maha Mengetahui segalanya tetapi sebelah pihak lain pula melihat hasil kerja mereka ini sebagai teori konspirasi mereka untuk menakutkan manusia dengan pembongkaran yang belum tentu sahih dan kebetulan sahaja apa telah berlaku selama ini, pula itu siap membentangkan nas nas Al Quran dan juga hadith2 sahih Rasulullah ( SAW ) bagi meguatkan dalil dalil mereka tentang perkaitan Dajjal dengan yahudi ( Luciferian )

Hmmm... jadinya saya pun mula membuat penilaian dan kesimpulan sendiri dari percanggahan pendapat tersebut: Saya akan buat apa yang terbaik untuk diri saya sendiri dengan mempertimbangkan kedua dua pandangan tersebut dan saya akan berusaha untuk sentiasa berada dalam keaadan sederhana, tidak ekstrem untuk menidakkan hak orang lain, biarlah masing masing dengan pendirian masing masing. Ada hikmah, pro and con di sebalik semua ini.

Oleh itu, muhasabah diri adalah amalan yang mampu membentuk siapa saya untuk masa akan datang dan seterusnya. Dengan muhasabah diri, saya rasa segala kesilapan dan kecetekan akal yang ternampak akan membuat saya lebih tabah untuk berjalan di atas bumi yang penuh dengan konspirasi sebenarnya. :)

Orait, itu sahaja yang mampu saya luahkan, harap harap perkara yang berlaku menjadi iktibar untuk diri ini dan terus mengharap kasih Rabiul AlAmin.

Saturday, February 5, 2011

My moon, my man

Salut!



Ok, imej di atas ini ialah teman sejati dekat di hati saya, tak nak kasi nampak muka, dia segan. Dia lah Mr. Mark Morton / Nazrie Abd Aziz. ( actually tak ada idea pun ) ok so just want to say something to him: Nazrie, je t'aime! J'espère que vous m'aimerez toujours :)

Sayangnya dekat awak ini muahahaha :O




Malam tadi baru saya dengar dia cakap " saya cinta sangat dengan awak ini" ( saya buat buat tak dengar la kan ) sebab apa saya taip macam itu: sebab dia tak pernah eh cakap "saya cinta dekat awak" hoh i love u pernah lah tapi bagi saya kalau meluahkan perasaan di dalam bahasa melayu kan, maksud dia lagi menyelinap terus.. eceh kau hahaha, sampai lah malam semalam baru dia keluarkan ayat itu, huih maksudnya lepas ini jangan harap lah saya nak dengar dia cakap lagi macam itu, berjambang lah kalau nak tunggu lagi :D

Harap harap tahun ini rezeki tahun arnab, ada duit lebih sedikit nak nikah lah terus muahahaha, susah la beb kalau mak saya pun suruh kahwin cepat sedikit sebab nanti orang cakap apa, ehem nanti orang cakap apa eh mak? "Tak elok anak dara ke sana ke sini dengan lelaki" :) haih mak saya ini.

ok lah, ini saja saja ja, tak ada apa nak buat kan, hah buat ja blog yang merapu kejap ok, kejap pun ok peeps( credit to : Nurul Nadia Abd Azis for the picture )



Au revoir!!

video untuk awak

Wednesday, February 2, 2011

Minah kaki gosip

Selamat petang!
Hari yang biasa biasa ja ya hari ini. Macam biasa duduk atas kerusi yang empuk tak empuk la kan cuba hempuk sekali lepas itu beli kerusi baru, yeayy.

Layan Youtube, boring..layan blog orang, boring juga...layan lagu, boleh la lepas itu pun sama, boring...., hah sudah pukul tiga, bagus bagus, boring. Apa yang tak boring eh? Taip entri pun berat tulang lagi nak melukis ka meng"edit" dalam photoshop ka, cis tak berguna!

Ok, sebenarnya saya mahu cerita tentang tak berapa penting la eh, tapi bagi saya macam penting. Tak, tak salah salah, sebenarnya saya mahu tanya sesuatu, macamla ada orang jawapkan, peduli lah mahu tanya:

"Penting ka saya ambil hati keluarga teman lelaki saya sedangkan kalau perhatikan mereka pun macam kurang berminat nak kenal dengan lebih mendalam lagi, i mean example given eh, dalam fb kan, adik adik teman lelaki saya tak "add" pun saya, malah lebih galak meng"add" bekas perempuan abang dia yang perangai punyalah baik, alim alim kucing depan depa belakang macam sialan kan. Memang saya kecil hati sedikit sebab bukan saya tak pernah datang rumah mereka pun, hmmm...kecil hati kecil saya ini tau" :(
Kadang-kadang saya selalu rasa rendah diri, rasa tak yakin dengan diri saya sendiri, mana taknya mereka mungkin lihat saya ini perempuan yang terlalu so sial ( muahahaha ), in fact, saya sebenarnya suka duduk rumah seorang seorang, masak ka, basuh baju ka, tengok stupid box pun jarang sangat, then it comes to their conclusion that i'm not suitable enough to be just like them or whatever.
To see me as the real me is the privilege and satisfaction to themselves yet is not taken as the future guaranty for everybody.

Saya masih tertanya tanya kenapa, apa salah saya, saya tak cukup bagus ka untuk abang depa? Ish ish bengang pun ada, nasib badan lah kalau orang asyik nak "judge book by it's cover" kan. Tak apa lah, saya tak mahu rasa negatif ini mempengaruhi tenaga positif saya. Bebaskan ion ion negatif supaya badan, jiwa dan minda saya lebih fokus dengan perkara perkara yang penting sahaja ok.

Ok, that's it for now, hope i am the one who can be understandable, responsible, optimistic, lovely, and more cherish towards my family, my dearest man and lovely bestfriends :)

p/s: no offense eh Mr. Mark Morton, je t'aime :)

Papai, oh oh oh here the video for you and for all :)



Friday, January 28, 2011

Sedar.

Salam, saya baru ja habis menonton "The Arrival" bahagian 1 sampai  bahagian 49. Rasa macam "alaaaa da habis ka? Serius menarik minat dan hati saya untuk terus menonton dan memupuk kesedaran diri, walaupun video itu sudah lama keluar kan,  rasa rasa tahun 2009 macam itu la, nampak sangat saya ini "out dated" Hampeh

Ok, apa yang saya dapat, saya lihat, saya belajar, saya tersentuh hati, ialah keaadan dunia masa kini yang "in total massive deception" sama ada dari segi politik, pelaburan, kewangan, pendidikan, sistem perbankan, dunia hiburan, ( siot saya tak boleh fokus, lagu kedai sebelah kuat nak mampus ah ) ok sambung...............
perubatan, teknologi, senang cerita sekeliling kita ini semuanya tipu daya semata-mata untuk kepuasan total golongan-golongan elit Britain, US dan anak keladi depa, Israel. ( they are smart yet idiotical in any manner )

Uish, saya tekun menonton video itu dari tengahari sampai malam sebab isi kandungan video itu sendiri yang tidak melampau dalam menyuarakan pandangan dan menyebarkan sesuatu yang bermanfaat untuk kita, Islam must "unite and against them (  the evil sick society ), no matter what sect we believe in, unity amongst the 2 biggest Islamic group ( shi'a and sunni ) in the name of justice base on Holy Quran and Prophet's ( pbuh ) hadiths will save the world therefore it must begin right here, right now in any circumstances.Sebab mengapa perpaduan di antara dua mazhab ini perlu, ianya  kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang dapat menggerunkan barat dan seterusnya berjuang atas nama kebenaran.

Kerana saya berasa memang sudah masanya kita bangkit dan sedar keadaan yang telah berlaku terhadap bangsa dan negara yang di kawal minda oleh sang jahanam yang ingin menghancurkan Islam dan meleburkan iman yang semakin menipis di dada umat akhir zaman. ( saya merenung dan menghela sedih )

Pemikiran kita sebenarnya telah dijajah oleh doktrin - doktrin mereka yang megkhayalkan dan melumpuhkan sistem akal. Tidak pelik sebab kanak - kanak masa kini dihidangkan segala perkara yang menakutkan ibubapa, even kartun bongok bongok Disney itu pun meracun pemikiran mereka secara sinis.Haih, i've been wondering how does it possible to raise my own kids when what we have around us is a harmful and sick environment. The most important thing i've learned from what had happen is : Grab your damn stupido ever invented lcd plasma TV and throw it or crash it of the wall or better still you put your "mind dictactorship" toy into a bucket full of hot water. ~ behold! plasma TV~  ~behold~  :D muahahaha

And here come the answer, the greatest answer of all kind: Believe in God and trust your faith for they are the only savior for us. :)

Jadinya, saya terus merasa betapa nikmatnya jika kita tidak angkuh dan terus berkata dunia ini adalah syurga segalanya kerana keangkuhan itu tidak ke mana selagi diri masih lagi tidak mengenal diri sendiri ( faham tak? ) dan Pencipta Sekalian Alam dan makhlukNya.

Ok, saya pun sudah terbit sirna kesedaran dan keinsafan bila melihat apa yang telah berlaku di sekililing kita. Fitnah berleluasa dan keadilan menjadi bahan gurauan golongan elit ini. Oleh itu, saya ingin sekali melakukan perubahan untuk diri ini. Let say, why not if we try to buy things or groceries at Muslim shop as they have to pay for the zakat and we as a Muslim show our support towards them, tak pun kan kalau ada duit lebih sedikit, kita gunakan untuk membantu saudara saudara kita di Palestine atau negara negara Islam yang tertindas.

Jadi, kesimpulan daripada kejadian di atas dan kesannya terhadap minda, jiwa dan tenaga saya dan mereka mereka di luar sana, saya akan berusaha walaupun usaha saya tidaklah sebesar mana tetapi atas nama ummah dan persaudaraan sesama Islam, menjadi tanggungjawab saya untuk menentang kezaliman Zionis ( Luciferian ). They are so wicked, even the hound don't  want to be their slave anymore. ( geram ah )

Ok, itu saja la nak luahkan, harap - harap entri ini memberi peringatan kepada saya dan seterusnya. Fight in the name of Islam. Ok salam.