Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Hello Kitty

Saya nak bela kucing juga!!
Sebab mereka sangat oh biadap comelnya, geram ah!!
Kasi letak gambar depa yang menghairahkan itu cis





































 ala kucik kucik kucik anak rimau


Haaaaaaa sangat biadap eh kecomelan mereka, ok tak apa nanti saya akan usahakan juga sesuatu supaya saya boleh bela seekor atau dua ekor anak kucing untuk rumah baru kot hehehehe :)

Tak boleh lah tengok gambar kucing lama-lama, nanti bengang dengan muka depa yang bermisai misai itu, huih, tak sabarnya nak tunggu bulan 7, hahahahaha, mesti mahu bela anak kucing tak kisah la baka apa, dapat "long haired domestic" pun ok kan janji kucing ok. Saya ingat kan kalau boleh saya nak bela jantan sahaja tau, tapi mesti semua ingat saya pilih kasih kan, hmmm suka hati lah yang penting saya yang nak jaga bukan orang lain, sebab jantan ini macam tak banyak nak risau, betul eh ? betul la pada pendapat saya, sebab jantan tak bunting, kalau dia sudah besar nak kahwin, keluarkan ja la kan, biar dia cari girlfriend sendiri, sudah dating nanti tau la dia balik rumah kannnn.

Ok, harap harap berjaya cari kucing untuk dibela nanti hehehehe :)

Saturday, February 5, 2011

My moon, my man

Salut!



Ok, imej di atas ini ialah teman sejati dekat di hati saya, tak nak kasi nampak muka, dia segan. Dia lah Mr. Mark Morton / Nazrie Abd Aziz. ( actually tak ada idea pun ) ok so just want to say something to him: Nazrie, je t'aime! J'espère que vous m'aimerez toujours :)

Sayangnya dekat awak ini muahahaha :O




Malam tadi baru saya dengar dia cakap " saya cinta sangat dengan awak ini" ( saya buat buat tak dengar la kan ) sebab apa saya taip macam itu: sebab dia tak pernah eh cakap "saya cinta dekat awak" hoh i love u pernah lah tapi bagi saya kalau meluahkan perasaan di dalam bahasa melayu kan, maksud dia lagi menyelinap terus.. eceh kau hahaha, sampai lah malam semalam baru dia keluarkan ayat itu, huih maksudnya lepas ini jangan harap lah saya nak dengar dia cakap lagi macam itu, berjambang lah kalau nak tunggu lagi :D

Harap harap tahun ini rezeki tahun arnab, ada duit lebih sedikit nak nikah lah terus muahahaha, susah la beb kalau mak saya pun suruh kahwin cepat sedikit sebab nanti orang cakap apa, ehem nanti orang cakap apa eh mak? "Tak elok anak dara ke sana ke sini dengan lelaki" :) haih mak saya ini.

ok lah, ini saja saja ja, tak ada apa nak buat kan, hah buat ja blog yang merapu kejap ok, kejap pun ok peeps( credit to : Nurul Nadia Abd Azis for the picture )



Au revoir!!

video untuk awak