What the banana is going on?
I tell you what, this is damn nonsense
Remember the entry about "The Arrival" impact towards my minds and my soul then suddenly i just finished reading this blog written by "Hamka" in his "keretamayat.blogspot.com". I was paused by his entry about "Theory of Conspiracy" made by certain group according to him such a big dope liar and those who believe it are just average fool monkeys.
Ok, saya melihat perkara ini ( percanggahan pendapat ) sebagai cabaran untuk diri sendiri sama ada percaya atau tidak dan itu telah membuatkan saya nampak seperti paranoia dan foolish jika saya percaya bulat bulat tanpa usul periksa atau penghayatan yang mendalam. Tetapi perkara ini juga membuatkan saya tersedar semula yang kemungkinan berlaku teori konspirasi ini untuk memomokkan manusia amnya dan umat Islam khasnya, dan saya bertanya kembali : untuk apa diciptakan teori sebegini jika niat hati ingin menyelamatkan manusia dari terus dibuai oleh kehangatan asmara dunia ehem nak ketawa kejap ( muahahaha :D )
Ok, continue, saya pun jadi keliru dengan percanggahan pendapat ini dan saya pun terus bengang gila dengan apa yang telah "The Arrival" cakupkan menyelinap di hati dengan paparan video yang berkesan terus ke Qalb.
Saya pun terpana kejap bila ada orang lain mengeluarkan kenyataan siapa yang percaya dengan benda benda alah ini semua: Bodoh
Adui sakit kepala kejap bukan fikir siapa yang saya nak lebih percaya ini tetapi sakit kepala tengok situasi macam ini,. Sebelah pihak telah bersusah payah membongkar rahsia sampai ke dalam kain, rahsia rahsia, agenda agenda, dengan harapan ingin mengajak manusia kembali kepada Yang Maha Mengetahui segalanya tetapi sebelah pihak lain pula melihat hasil kerja mereka ini sebagai teori konspirasi mereka untuk menakutkan manusia dengan pembongkaran yang belum tentu sahih dan kebetulan sahaja apa telah berlaku selama ini, pula itu siap membentangkan nas nas Al Quran dan juga hadith2 sahih Rasulullah ( SAW ) bagi meguatkan dalil dalil mereka tentang perkaitan Dajjal dengan yahudi ( Luciferian )
Hmmm... jadinya saya pun mula membuat penilaian dan kesimpulan sendiri dari percanggahan pendapat tersebut: Saya akan buat apa yang terbaik untuk diri saya sendiri dengan mempertimbangkan kedua dua pandangan tersebut dan saya akan berusaha untuk sentiasa berada dalam keaadan sederhana, tidak ekstrem untuk menidakkan hak orang lain, biarlah masing masing dengan pendirian masing masing. Ada hikmah, pro and con di sebalik semua ini.
Oleh itu, muhasabah diri adalah amalan yang mampu membentuk siapa saya untuk masa akan datang dan seterusnya. Dengan muhasabah diri, saya rasa segala kesilapan dan kecetekan akal yang ternampak akan membuat saya lebih tabah untuk berjalan di atas bumi yang penuh dengan konspirasi sebenarnya. :)
Orait, itu sahaja yang mampu saya luahkan, harap harap perkara yang berlaku menjadi iktibar untuk diri ini dan terus mengharap kasih Rabiul AlAmin.
No comments:
Post a Comment