Monday, January 17, 2011

It's all about the money

Duit, senang mahu cari jika kita rajin berusaha dan duit juga susah mahu cari jika kita malas untuk mencarinya.
Duit juga boleh menyebabkan manusia bertukar tabiat, daripada seorang yang merendah diri menjadi bongkak, takbur dan bercakap besar. Duit juga dapat menyebabkan manusia bertelagah sesama sendiri, sanggup berbunuhan, tikam belakang dan juga memfitnah saudara atau kawan..

Duit telah mneyebabkan dua negara seperti India dan Indonesia mengamalkan korupsi dan menggalakkan penguasa pemerintah terus terus menjadi boneka untuk kuasa besar barat selagi kewujudan Bank Dunia diakui oleh Ketamadunan Bangsa.

Peperangan Dunia Pertama dan Kedua menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat menjadi sang dominan dan mengawal matawang dunia. Mujur negara - negara yang kecil dan bijak seperti Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamed, menolak mentah-mentah peluang yang telah ditawarkan oleh Bank Dunia kerana beliau sedar jika Malaysia terus mengambil peluang itu tanpa memikirkan kesannya, Malaysia will end up to be just like their neighbour ( Indonesia ).Melarat dengan orang kaya terus menjadi kaya, yang miskin terus papa kedana dan menidakkan golongan kelas sederhana, tiada langsung kelas pertengahan ini dan mencipta jurang yang besar di antara kelas atasan dan kelas bawahan. 

Duit telah menjadi tuan kepada manusia, manusia tidak lagi berpegang teguh kepada ajaran / amalan agama masing-masing. Saya sendiri merasakan duit mempengaruhi kehidupan, tetapi saya juga berpendapat jika seseorang itu memiliki nilai estetika yang tinggi, bahawasanya kehidupan insan itu sendiri tidak akan pernah diperhambakan oleh duit.

Duit juga punca segala bentuk tindasan dari golongan atasan kepada golongan bawahan, diskriminasi, ketidak adilan yang telah banyak membuka mata umum tetapi mereka pun hanya menurut sahaja, paling kuat pun "freedom of speech" yang diamalkan oleh sesetengah negara. Untuk membantah, manusia memerlukan kuasa duit juga bagi menandingi golongan hipokrat dan hipokrit ini.

Oleh itu, sewajarnya, duit yang melimpah diperuntukkan untuk sesiapa yang memerlukan contoh diberi, anak yatim, golongan kurang upaya, golongan miskin tegar, pelajar yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk ke institut pengajian tingi, badan-badan bukan kerajaan yang membantu mangsa-mangsa keganasan Zionis, mangsa-mangsa tragedi, dan yang lain-lain juga.

Saya bukan menulis entri ini hanya untuk suka-suka atau sekadar renungan, tiba masanya saya dan kalian perlu ada rasa "concern towards this people, they are suffering and it's all because of money. Bukan menunding jari kepada siapa siapa, cuma saya rasa terkilan sedikit dan tertanya tanya. Kenapa duit pula yang mengawal segalanya?,kan......
ok saya tepuk dada saya tanya diri sendiri.

phew ~ ~
release from any "bullshit" awhile with this video untuk kamu dan untuk kalian :)


Feist-1, 2, 3, 4

Friday, January 14, 2011

Jahanam

Hahahahaha :D
Saya nak ketawa boleh eh
Hahhahahahahaha hahaha ha ha ha hait hait

Ok saya nk cerita ini, tahu tak, saya kan kerja sudah hampir seminggu tau lepas itu saya gelak dekat atas itu sebab teringat dari mula kerja sampai sekarang ini saya asyik buat hal ja dengan pc "server" dan pc "admin" dan juga pc "user". Naik jahanam saya kerjakan, asyik ada masalah ja, hahaha mesti bos saya bengang kan dengan kejahilan saya mengodam sesuka hati saya ja, bukan mengodam dengam penuh berhemah, semua ke laut :D

Ok, memang macam haram juga saya teringat ada ja masalah teknikal, tapi "the most important thing that i've learned from that incident is don't you ever dare to touch the server connection network, the button, the cable, the bla bla blah because in the end you will be end up like a chicken shit".
Hahahaha bongok gila tau haih.

Ok, ok saya suka tulis ok macam ok ja, i mean ok sounds good and ok. :)
Sebenarnya kan saya masih lagi dalam percubaan mungkin diterima atau tidak semua terpulang kepada bos saya itu. Harap-harap dapat lah kerja ini, sebab kan saya rasa saya sudah berada di dalam zon selesa saya. Bila saya datang kerja hati senang, esok pun sama juga. lusa pun macam itu. Lepas itu dapat jumpa orang kira ok lah juga daripada asyik menghadap pc sahaja, atau menghadap dinding sahaja, saya sudah rasa keselesaan untuk berkomunikasi dengan orang luar, tidak lagi seperti kucing di bawah kotak, hahahaha :D

Dan selesai semua, bersyukur kepada Kekasih kerana melindungi saya dengan limpah kurnia rezeki Nya. Saya leka sekali untuk mengingati Dia, tapi Dia tidak pernah leka untuk mengingati saya yang kerdil ini.
Leka seketika untuk menghargai kebesaranNya. :)

Ok, here you go guys, video untuk kamu dan untuk kalian. Zaass

Wednesday, January 12, 2011

Orang lama

Hari ini saya asyik layan You Tube ja, layan lagu lama-lama macam lagu BPR, Wings, Blackrose, dll boleh gitu.
Dah tiada apa mahu buat, kerja saya memang kena menghadap depan pc dan tengok lah apa-apa yang patut.

Lepas itu saya layan LMFAO, haih sebab sudah tidak tahu nak buat apa, mahu muat turun filem ke, lagu ke saya kurang pandai, boleh gitu. Tidak apa, saya mahu "explore" kalau-kalau boleh kan. Saya rasa macam nak layan "Bobby" lah ( gila ini ) kemudian saya nak layan lagu "Mohabbatein", boleh gitu. boleh lah. 

Semalam tiada citra mahu tulis entri, penat mungkin Tiada apa mahu membebel lagi, baru-baru saya ingat saya nak cari idea dulu, nak cari topik kemudian baru letak dalam blog ini.
Ok. papai.
Nah, kasi lagi video untuk kamu sahaja.

Sunday, January 9, 2011

New Jobs

Ok, saya baru sahaja mendapat kerja baru.
Nak kata menarik, ok je sebab kerja pun senang nak kendali
Saya pun duduk je dekat kerusi, menghabiskan masa tengok "You Tube", buat blog,
( baru nak up :Pi )
cari bahan untuk hiburan telinga, belajar benda baru, dan yang paling penting sekali saya kena amanah dan bertanggungjawab terhadap premis ini, kerana jika apa-apa berlaku saya akan menjawab pertama-tama dengan tuan premis ini, kemudian akan ditanya pula oleh Yang Maha Adil kelak.

Jadi kesimpulan kerja saya, ok je untuk yang kaki internet boleh lah saya mencadangkan kerja seperti saya,
belajar mengendalikan premis, mana tahu kalau ada rezeki lebih boleh buka satu kan?
Sebab saya mahu juga bekerja untuk diri sendiri, berbakti untuk diri sendiri selepas puas menjadi pekerja orang/syarikat, melayan kerenah mereka. Semoga dengan kesabaran saya ini, saya akan lebih berdaya saing untuk kejayaan diri ini juga.

Ok, banyak betul ok sebab saya rasa ok itu macam kelegaan sebentar dari kelelahan berfikir, jadi ok itu je saya mahu membebel hari ini. Ayuh layan lagi video untuk kamu dan untuk kalian :)


 
Camera Obscura - The Sweetest Thing