Monday, January 17, 2011

It's all about the money

Duit, senang mahu cari jika kita rajin berusaha dan duit juga susah mahu cari jika kita malas untuk mencarinya.
Duit juga boleh menyebabkan manusia bertukar tabiat, daripada seorang yang merendah diri menjadi bongkak, takbur dan bercakap besar. Duit juga dapat menyebabkan manusia bertelagah sesama sendiri, sanggup berbunuhan, tikam belakang dan juga memfitnah saudara atau kawan..

Duit telah mneyebabkan dua negara seperti India dan Indonesia mengamalkan korupsi dan menggalakkan penguasa pemerintah terus terus menjadi boneka untuk kuasa besar barat selagi kewujudan Bank Dunia diakui oleh Ketamadunan Bangsa.

Peperangan Dunia Pertama dan Kedua menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat menjadi sang dominan dan mengawal matawang dunia. Mujur negara - negara yang kecil dan bijak seperti Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamed, menolak mentah-mentah peluang yang telah ditawarkan oleh Bank Dunia kerana beliau sedar jika Malaysia terus mengambil peluang itu tanpa memikirkan kesannya, Malaysia will end up to be just like their neighbour ( Indonesia ).Melarat dengan orang kaya terus menjadi kaya, yang miskin terus papa kedana dan menidakkan golongan kelas sederhana, tiada langsung kelas pertengahan ini dan mencipta jurang yang besar di antara kelas atasan dan kelas bawahan. 

Duit telah menjadi tuan kepada manusia, manusia tidak lagi berpegang teguh kepada ajaran / amalan agama masing-masing. Saya sendiri merasakan duit mempengaruhi kehidupan, tetapi saya juga berpendapat jika seseorang itu memiliki nilai estetika yang tinggi, bahawasanya kehidupan insan itu sendiri tidak akan pernah diperhambakan oleh duit.

Duit juga punca segala bentuk tindasan dari golongan atasan kepada golongan bawahan, diskriminasi, ketidak adilan yang telah banyak membuka mata umum tetapi mereka pun hanya menurut sahaja, paling kuat pun "freedom of speech" yang diamalkan oleh sesetengah negara. Untuk membantah, manusia memerlukan kuasa duit juga bagi menandingi golongan hipokrat dan hipokrit ini.

Oleh itu, sewajarnya, duit yang melimpah diperuntukkan untuk sesiapa yang memerlukan contoh diberi, anak yatim, golongan kurang upaya, golongan miskin tegar, pelajar yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk ke institut pengajian tingi, badan-badan bukan kerajaan yang membantu mangsa-mangsa keganasan Zionis, mangsa-mangsa tragedi, dan yang lain-lain juga.

Saya bukan menulis entri ini hanya untuk suka-suka atau sekadar renungan, tiba masanya saya dan kalian perlu ada rasa "concern towards this people, they are suffering and it's all because of money. Bukan menunding jari kepada siapa siapa, cuma saya rasa terkilan sedikit dan tertanya tanya. Kenapa duit pula yang mengawal segalanya?,kan......
ok saya tepuk dada saya tanya diri sendiri.

phew ~ ~
release from any "bullshit" awhile with this video untuk kamu dan untuk kalian :)


Feist-1, 2, 3, 4

No comments: