Thursday, March 17, 2011

Is it ?

Heaven o ~
Hari ini, saya nak cerita pasal orang tua, yep orang tua yang menyuruh dan menasihati kita untuk berbuat baik, jangan terlalu kebaratan sangat, nilai-nilai murni, senang cerita semua perkara yang baik lah, kedengaran seperti biasa kan dan sangat bagus, tapi yang saya tak tahan sangat itu, orang tua yang menyuruh kita berbuat kebaikan itu melakukan perkara perkara yang lebih kurang tak elok juga kalah orang muda, faham tak?

Saya rimas la dengan orang tua yang macam ketam mengajar anak dia jalan, sedangkan ketam itu sendiri jalan senget, haihh macam mana itu. Saya cakap macam ini bukan bermaksud semua orang tua la, hanya minoriti ja yang bersikap demikian, 1/10 000 la senang cerita orang yang macam ini.

Bila kena nasihat supaya berubah kepada yang terbaik, saya biasanya dengar dan melontarkan vokal tona rendah :
"YE"
"OK"
"HMM"

sebagai menghormati mereka yang lebih dulu makan garam dari saya. ( ehem ). Saya memang tak akan melawan balik atau memberi ceramah belia mudah lupa kepada orang orang tua itu, kerana mereka mesti tidak akan menerima pandangan saya yang mentah dan kurang matang ini. haihh nasib badan saya kecil, tapi otak tak kecil untuk menerima pandangan dan nasihat sembrono ala baik mereka. Tolong lah faham wahai orang tua, saya bukan tak nak menerima nasihat, teguran untuk masa depan saya, tapi kalian sendiri lebih kurang ja macam saya, macam mana itu.

Jadinya, saya rasa keberatan nak berjumpa lagi orang-orang tua itu, bila jumpa sahaja, tanya "Bila nak kahwin kin? Laaa, jodoh pertemuan, ajal maut kan kerja Tuhan, mana lah saya nak tahu bila saya akan betul-betul kahwin dengan kawan hati saya, yang boleh saya jawab dengan mereka
" Hujung tahun la kot " ( sambil lewa )
sebab nak sedapkan hati mereka yang risau kalau apa apa terjadi, mereka juga yang dapat nama buruk. Sangat pentingkan diri sendiri ok, saya tahu memang patut pun mereka risaukan saya, tapi kalau niat tak betul, tak boleh buat apa la kan.

Itu pasal jodoh, kira boleh lagi lah nak masuk campur, saya tak kisah sangat, tapi bila nak nasihatkan saya pasal hidup saya, kerjaya saya yang bukan mulia sangat ini, setakat alahh jaga cc berapa sangat la dapat, mereka selalu mempertikaikan apa yang saya buat, niat saya kerja ini pun sebab saya mahu belajar tentang pengurusan cc, tak kisah la gaji kecil tapi saya suka kannn,  mana tau kalau ada rezeki esok, boleh buka cc sendiri, tapi pada pendapat mereka, baik kerja yang menjamin masa depan, seperti kerja di perbankan, kerja kerajaan, siap suruh saya minta jadi ustazah itu yang saya ter....teruja? terpesona? tak, terpana sekejap sebab kata mereka jadi ustazah ini bagus, propek kerjaya yang meluas contoh, malam lepas balik kerja boleh ajar budak budak mengaji, memang bagus pada fikian saya, tapi masalahnya, 
"saya layak kah menjadi ustazah hah"?
 What do you think fellas? Sesuai tak saya jadi ustazah yang konsisten dan komited terhadap kerjaya mulia itu?  Saya bagi 4.5/10 ja sebab saya tahu kebolehan saya sampai mana. Bukan sombong atau memandang rendah terhadap profesion perguruan, lagi lagi guru agama, tapi saya rasa saya kurang layak medidik anak orang lain, siapa pula saya kan nak mengajar mereka menjadi insan kamil, sepatutnya individu yang terdedah dengan persekitaran yang positif dan bebas maksiat ja yang lebih layak untuk menjadi guru agama, am I right? No? You should ask yourselves for that.

Hmmm, kadang kadang saya rasa orang tua yang seperti ketam itu patut bermuhasah bermuhasabah diri, sebelum mentazkirahkan saya apa yang baik untuk saya, i should know myself better because you're not even there during my physical and emotional stress moment.  I'm not blaming  you orang tua, I' m not what you guys think.

Saya bukan budak yang belum mumaiyiz, naif, not even mental retarded Alhamdulillah, yang perlu di asuh, di didik semula, tidak tahu apa yang berlaku, what is it all about? Saya rasa saya tahu menggunakan akal lebih dari nafsu, mengunakan gerak hati bila akal buntu? what is it with the fuss? Saya rasa saya dipelakukan macam orang bodoh, do this. do that, not that one, this one, tapi orang tua selalu tidak mengaku yang mereka buat semua ini kerana mereka enjoy menjadi diktator, yes, mereka akan mengatakan "we care about you, dear, listen to us" arghhh  semak tau jadinya.

Biarlah orang nak label saya ini apa ka apa ka sebab membesarkan hal yang remeh macam ini, sebab hanya orang yang pernah rasa ja faham apa yang saya alami, yang tak faham itu, memang mereka beruntung, saya pun tak minta mereka faham, Cuma, buat orang-orang tua itu, saya harap baik mereka ubah diri mereka dulu sebelum mengubah saya, sebab saya kesian dengan mereka, sangat ok sebab tak ada kesedaran sivik dan tak cermin diri sebelum menjadi mentor tidak bertauliah saya, Apa apa pun terima kasih untuk perhatian dan nasihat berguna, saya ambil apa yang patut la, dan saya menjadi semakin kurang menghormati mereka sebagai orang tua.

Sorry, can't help it :(

Where the wild things are?

Malas!!
Mana la semua orang pergi?

Lapar!!
Duit ada rm1, beli roti la.

Bye!

Saturday, March 12, 2011

Girls Night In

19hb nanti spa atMas ada buat slumber party tau, tak tahu siapa organizer dia, could it be Yahh or kak Mas, harap harap Yahh lah kan, dan semua diundang ka? I mean everybody are welcome to enjoy themselves ka?
Kalau semua orang diundang, jadinya orang tidak kenal pun ada sekalu sekali kan, tapi saya rasa orang yang Yahh kenal ja kot yang diundang, ahhh peduli la sana, apa kisah janji saya rasa ok.

Saya harap harap slumber party itu ada aktiviti yang berfaedah seperti sesi manicure pedicure, sesi make up, hair updo, sesi tampal koyok kaki yang bila bangun esok keluar semua toksik dalam badan ( Yahh, nak ini ), kaunseling ( ehem sama dengan bergosip ka Norashikin ? hmm gosip yang berguna kot ), makan snack yang berkhasiat, minum susu, hahahaha ini cakap ja ini, nanti snack, Twisties, Mr. Potato, Pringles, ala pun boleh la tapi sekali dengan dessert yang menyihatkan ok.

Eeeee, mesti best ( goyang goyangkan badan ) kan, semua berkumpul dan meluahkan semua isi hati, eceh cakap ja lebih, kejap lagi tidur semua kannn, syaitron betul kalau macam itu, tak nak macam itu, nak sesi bersama girls yang paling best sekali, gedik uh, biarlah eleh.

Saya nak semua girlfriends saya ada ok, tapi kan, saya malas lah kalau ada orang yang saya tak rapat, sounds ignorant right, tapi saya cuba untuk terima orang luar menjadi kawna kawan saya, tak boleh la, so how am I suppose to do? Be pretentous and adapt the situation, oh c'mon man, i can't even feel the connection between strangers, a bit perhaps if she knows how to deal with my monosyllabic at first sight attitude, the hell with bitch, i just can't stand a soapy drama ok.

Hmm.. harap harap slumber party itu berjalan dengan lancar, orang orang yang best dan makanan yang hebat hahaahaha, i love foods :) and lovely people. I am not what they think i am, i smile a lot lately and i hope i can keep on going with that :)


Love : Norashikin


An Evening with Mademoiselles

Semalam, lepas habis kerja pukul 6 p.m, saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya masa sekolah menengah dulu, Yasmine dan Humaira dekat Roost Cafe Jalan Dhoby.  Masa saya jalan kaki nak ke cafe itu, mereka pun sudah sampai juga, hehhe memang rezeki kami jumpa hari itu sebab banyak kali buat plan nak jumpa tapi masing masing tak jadi last last, baru semalam dapat jumpa mereka, teringat zaman sekolah dulu.
Yasmine sama sahaja dari dulu, kelakar dan Joyah tetap penting eh, Humaira pula semakin anggun dan all out dengan cool hijab dia itu, i like :). Mereka berdua memang macam kakak kakak teruk tapi kakak yang best la dan saya pula yang lain sedikit, masih kebeliaan lagi cara pemakaian saya, tapi mereka ok ja dengan cara saya.

Ok, then kami semua lepak tingkat atas Roost itu, memesan makanan dan minuman sambil sesi informal photoshoot dari kamera Nikon D90 Humaira, dan masuk pula sesi bergosip sebentar dan tiba tiba sesi luahan hati pula kan dari saya, sebab semalam mereka terus tanya saya macam-macam tentang keluarga saya macam mana, sebab mereka tau dulu saya tak suka balik rumah, mesti nak merempat kejap dekat rumah mereka, hahahaha nasib baik mak bapa mereka sporting dan baik hati :). Rindunya zaman dulu dulu.

Lepas makan makan itu, ambil gambar kejap dekat luar, cis tau tadi kami lepak dekat luar boleh borak suka hati kita orang kan, tapi masa nak balik baru perasan, haiya kalau tak boleh lepak lepak hisap rokok dekat luar itu, view belakang itu memang lah tak cantik tapi sesuai untuk lepak santai sambil bergosip hahahaha.

Kemudian, kami singgah Danga kejap, pergi karaoke dekat "Suara OK" ok, hehehe port baik untuk melepaskan tensi, satu jam ja kami tempah, boleh lah untuk 3 orang melalak bukan main lagi eh, hehehe arghh keluar perangai monyet masing masing time itu, buka selalu jumpa pun, ingat mereka tak layan karaoke, mungkin sudah tak tahu nak pergi mana kan, itu ja lah port selain kedai makan kan.

Lepas sudah melalak, sakit tekak pula ini, tadi patutnya sebelum pergi karaoke, kami ingat nak pergi Tutti Frutti tau, tapi sudah terlajak masuk Danga dulu kan, hah lepas melalak itu, kami pun pergi Tutti Frutti, last destination sebelum masing masing balik, kami share ja dessert itu sebab pakai mangkuk besar kan, lagi pun Humaira kata dia jamah ja nanti, ok la itu saya mesti lah suka masa sesi menaburkan topping di aats yoghurt, hihihi colourful mesti eh, cantik cantik baru ada selera nak menikmati nanti. adui nasib sedap, sedap sangat ok, saya tak tipu kali ini sedap, yang itu hari saya pergi dengan kawan kawan saya, saya punya masam mereka cakap, eleh tapi habis juga kan kau orang jamah, cit heeee. Last conversation itu, saya tanya pasal boyfrriend mereka, sebab masa dalam kereta on th way ke Tutti Frutti itu, Humaira cakap boyfriend dia orang Pontian, excited terus saya sebab teman hati saya pun orang Pontian juga, lepas itu saya tanya nama tempat, Humaira cakap nama tempat yang sama dengan teman hati, wah bersemangat saya, itu yang sambung cerita masa sudah sampai Tutti Frutti. Lepas itu, saya tanya Yasmine punya boyfriend pula, orang Brunei Humaira cakap, hehehehe mesti orang baik baik kan, baguslah masing masing sudah ada komitmen ( ehem ) maksudnya mereka ada teman lelaki dan sudah sedia untuk seterusnya, tumpang best ja sabagai kawan.

Ok, selesai semua, Yasmine hantar Humaira dulu dekat Tama Pelangi sebab dekat ja dengan Kebun Teh itu, au revoir Humaira, harap dapat jumpa anda lagi, Humaira bagi saya telur pindang sempena kakak sulung dia buat majlis bertandang. Kemudian, Yamine hantar saya dekat bus stop Skudai Kiri, saya turun dekat situ sebab entah eh, harap harap ada Superhero selamatkan saya, ambil saya balik. Tup, tup awak pun ada dekat Uda, Alhamdulillah leganya hati saya awak ada, kalau tak saya risau sudah macam mana nak balik kan.

Sampai situ saja perjumpaan kawan kawan baik masa dekat sekolah, mereka sangat cool dan memang adorable, terima kasih Humaira Hanafi untuk karaoke treat, Yasmine untuk Tutti Frutti treat, happy sangat dapat jumpa kalian, harap dapat follow up another hang out together ok. Love you guys