Tuesday, June 14, 2011

Companions, Comrades, Cronies

I'm back with more action, sinis sinis sinis sana sini sinis
Going to talk about friends yipee!

Saya rasa kita perlu bersikap tegas dalam memilih kawan, dan untuk itu saya bermaksudkan kawan yang boleh menyesuaikan diri di antara satu sama lain dan niat ikhlas untuk berkawan bukan kawan dengan orang sebab nak perhatikan hidup orang ataupun berkawan tapi ada udang di sebalik mee sedap kriuk kriuk. ;o

Bila kita jumpa orang baru, adakah kita sudah mengecop dia sebagai kawan ? Kita rasa pertemuan pertama  macam ada "chemistry between us", terus ngam sampai ada kawan lain yang rapat terus kecil hati, yelah baru kenal terus lupa daratan, berkepit sahaja dengan kawan baru entah apa apa ja latar belakang dia. 0_o . 

Bukan mengamalkan sikap tertutup dalam berkawan, ianya hanyalah sikap berhati hati dan memerhati dahulu, kerana kita bukanlah pakar membaca orang, cukuplah sehari bersama orang baru kemudian kalau memang orang baru itu memang serasi dan selalu "keep in touch" dan juga memahami on ja berkawan terus.

Tapi, bila sudah berkawan, taring pun sudah keluar, belang hijau sudah nampak, kalau best tak apa, ini kalau baru kawan sahaja sudah mula tunjuk perangai sebenar, contoh sibuk nak tahu atau sibuk nak korek rahsia kawan kawan yang baru terima dia jadi kawan, bagi sesetengah orang, bagus juga kalau kawan baru pun nak bersama sama kongsi rahsia dan meluahkan apa sahaja yang terpendam sampai orang yang tak kenal pun dia nak hentam sebab itu menunjukkan kawan baru ini prihatin dan ada semangat kekitaan terserlah tapi apa yang tidak kita sedar kita telah meluahkan yang rahsia rahsia rahsia sebab percaya kawan kita ini ialah kawan kita sampai bila bila. Perlukah kita membenarkan kawan baru meng'explore' dan meng'eksploitasi' keadaan tanpa had. Perlukah kita memberi ruang kepercayaan kepada kawan baru tanpa rasa ragu ragu. Perlukah kita mempertikaikan pendapat kawan yang paling rapat jika kawan baru mengeluh kecewa dengan masalah bangang entah apa apa dia itu. 

Saya rasa tak perlu itu semua, bagi saya kalau kawan baru itu betul betul ingin berkawan dengan kita, dia akan cool dan mendengar dahulu perihal kita sambil sambil meluahkan sedikit pendapat, janganlah dia terus nak hentam atau langgar sangat, ingat sudah confirm lah itu orang nak kawan dengan dia, hehehe jahat gila. Take it easy lah, kalau over sangat orang meyampah, kalau berlagak cool sangat pun orang meyampah haihh

Itu untuk kawan yang baru baru nak berkawan kawan lah, saya memang picky sedikit, mengada ngada tak nak kawan dengan orang baru, lama lama sudah kenal okay ja kot kalau masing masing ok. Dan kita masuk bab perangai pula. Paling banyak saya jumpa, kawan yang cynical, termasuk saya juga hahaha. demm

Kawan yang sinis, adalah kawan yang sangat tidak pandai meluahkan perasaan secara terang terangan, tapi pelik juga sebab dia mengharap kawan yang lain meluahkan apa sahaja secara terbuka dan berterus terang tapi not too much, you have to be as cynical as possible, hihihi sebab he/she might as well can't seem to accept the whole truth thing. Truth hurts exactly.

Kawan yang hipokrit, can we call them our friends ? hypocrite lame ass okay. They are not friends, the reason I'm addressing them as the hypocrite lame ass is because they creep into people's amity and they shit the hell on it and they pretend they are the most innoncent holy crap so called buddies. Benci ahh orang macam ini, sebab saya tak tahu praktik halus depa nak menganggu persahabatan orang lain, mungkin depa ini terasing, atau rasa jealousy yang sangat tengok orang lain bahagia dia pun nak tumpang sama tapi niat orang yang hipokrit ini tak kemana, lama lama orang pun dapat kenal dan tahu apa tujuan dia berkawan, nak korek rahsia konon, nak tunjuk prihatin sangat tapi belakang belakang ketawakan kebodohan kita menceritakan kisah kebodohan kita dekat dia, you are sooo dung butt hypo lympho o_0 ( elok sedikit pakai dung ). 

Tapi bila kita berhati hati dalam berkawan ini, kadang kadang society akan cakap kita " woo paranoia sungguh" ataupun "buddy freak" ataupun cakap kita berlagak atau memilih sangat padahal itu sangat penting sekali supaya kita tidak menjadi mangsa atau diperkotak katikkan oleh orang orang yang senteng akalnya itu. Sangat penting bagi saya yang tak ramai kawan ini sebab saya takut nak berkawan, yep saya memang paranoid dan sangat emosional tapi rasional dalam memilih kawan.

To me, my friends is my angels, they coped with my ADD quite well hihihihi thank you belle femme ;).They are really sweet and nice if you know them closely. And we too have the roller coaster disaster when somethings not right between us but we solve the problem kindly without any prejudice involved although we take a lot of time to hit it off with. hehehehe ;D

So okay that's all for now, I wish my companionship with my girls are fill with laughter, cherish every moment and the optimum quality of all is sincerity and understanding each other :)


Sunday, May 8, 2011

Andropostteenpreadultblues - I hate you

Hahaha, mulakan hari saya dengan ketawa ;)

Saya tau sekarang ini umur saya sudah di ambang dewasa, hurmerrr ;o
Saya juga tau tahun depan umur saya sudah lepas limit remaja,limit belia,limit apa lagi dan akan masuk ke dalam fasa dewasa, fasa yang menginjakkan lagi banyak masalah, banyak ujian, banyak halangan, dan meningkatkan paras hormon estrogen lebih lagi, saya tau itu semua
tapi
Saya belum bersedia untuk menghadapi kenyataan. saya masih lagi berpaut pada tiang besi remaja / belia, tak mahu melepaskan tiang itu, saya masih perasan umur saya 19,20 lagi padahal isk isk isk lagi lima tahun umur saya 30. Whathefish......

Saya terperangkap di dalam badan perempuan dewasa, saya berada didalam badan yang semakin penat ini, saya merasa jelik juga bila orang cakap "macam budak kecil lah kau ini!" "macam budak-budak eh perangai ikin ini" "matang sikit jangan jadi budak-budak boleh tak" "kau tu dah tua, tak payah perasan muda" "tolonglah, matang sikit"
"fakkkkkkkkkk"
Kau orang semua tak rasa apa apa yang saya rasa, saya tak nak salahkan keadaan tapi keadaan itu yang terpaksa juga melihat diri ini jadi apa. Cis betul, saya sendiri tak pernah rasa zaman kanak-kanak saya, saya tak pernah tahu apa perkara paling best yang saya buat masa kanak-kanak dulu, dan bila saya ada 1 atau 2 kenangan indah masa kecil itu saya simpan sampai sekarang untuk rasa diri saya taklah teruk sangat, tapi saya still rasa kenangan yang tak best lagi banyak dari yang best... isk isk saya rasa emosi betul tulis entri  ini sampai nak menangis serious 
"I was not a happy child back then :( "
Tiada hug dari ma, tiada goodnite kiss dari bah, hanya ada tok saya yang tolong kiss dahi saya bila saya nak tidur, tapi dia sibuk kerja,tak selalu ada masa, nek saya pula tak ada masa nak manja-manjakan saya sangat, dia suka manjakan kucing ja lah huh :o

Jadinya, bila saya sudah besar panjang, saya masih rindukan zaman kanak-kanak saya tapi yang best best ja lah, kalau boleh putar balik masa, saya pilih masa kanak-kanak itu tapi saya hidup dengan tenang dan aman lah masa itu, dan saya rasa kalau saya besar pun tak ada la macam budak-budak sangat, ka sama ja ? huh

Saya mengaku kadang-kadang saya kecil hati atau terasa hati kalau orang cakap saya macam lah saya ini tak ada perasaan, saya tak buat buat pun kebudakkan itu, it comes naturally, myself miss the little me, dia asyik rasa dia budak lagi, so macam mana saya nak buat dengan diri saya sendiri itu ?

Hah!!. saya tahu, mungkin kalau saya belajar kenal diri saya, saya akan cari balik kekuatan saya dan tak mahu lagi berada dalam pre adult bluessssssss, saya perlu bangun dan buktikan saya bukan apa yang mereka sangkakan, saya tahu saya matang bila saya mampu membuat keputusan untuk hidup saya tanpa memikirkan orang lain, ehh bunyi macam selfish ja ;o ahhhh pedulilah nak tengok sangat perubahan, anjakan paradigma hah kau, ok saya akan cuba untuk berubah dan tidak lagi macam budak-budak
-
-
-
-
I can't                                                                                                                  I miss my childhood
I want to be a little girl forever even though peeps around me keep on saying word or whatsoever...I still want to listen to LMFAO ( ehh ? ) tak ada kena mengena ok hahahhahahahahahaha :D

Ok lah, saja nak meluah perasan tak apalah lega sedikit, eleh sedikit ja ok lah tu alala alala alala
Nah video, best lagu ini
Ok, papai pai pai pancake chocolate syrup voila!!


Wednesday, May 4, 2011

Off to Kuching, Sarawak

Hey hey hye....

Heheheheheehehehehe ;D

He he he, ok 12hb ini, i'm going to Kuching y'all, sebab pertama mestilah nak jalan-jalan kan, sebab kedua sebab ikut en.hati tengok depa perform dekat sana. Ooooo

Best best bestnya tak sabar minggu depan ja lagi, cuti lama beb dari 9hb sampai 22hb sebab nak jalan-jalan punya pasal, lagipun saya mana ada cuti pun minggu lepas dengan minggu ni, maksudnya saya kerja dua minggu non stop ok, badan pun sudah flat teruk tapi kena kerja sebab nanti nak cuti panjang yay!!

Tapi, nak pergi Kuching satu barang apa pun tak beli lagi, tak prepare apa apa pun, sebab tak ada masa nak pergi beli barang ka apa ka minggu ini, minggu depan ja masa banyak nak prepare semua, hah nak beli apa eh ? lululululu nak beli chambray shirt, jegging, selipar, kasut alala alala banyak ah nak beli tapi ada duit lagi ka ? hmmm ada kot ( ceh sedapkan hati ) ada lah duit lagi nak beli barang, kalau tak ada macam mana ? Eh tanya pula, simpanlah duit sedikit minggu ini, nanti boleh beli apa apa ok halahh

Ada apa eh dekat Kuching ? kucing banyak kot, kalau ada satu nak bawa balik lah dua ka seekor ka, hihiihhi tau tau sampai airport bau tahi ja sebab kucing terberak siap terkencet lagi sampai dekat rumah, culture shock katanya ( eh ? ) alala alala 

Ok lah tak tahu nak taip apa lagi sudah, my brain is not in a good mood ok. Merajuk lah itu sebab lama tak gunakan kemahiran mencipta ayat dari sel otak saya itu. Haihhh ok lah itu sahaja ok pai pai kari ayam uuu sedapnya ~ ~

Lama tak share video, nah video 

Sunday, April 24, 2011

Amazed by the Beauty

Semalam, saya PM dgn kak ipar saya, berbual bual ( by that i mean typing la ) then dia tiba tiba mengadu dengan saya,
"Shikin, alang rasakan semua orang ingat alang dengan azan masuk ajaran tabligh sesat"
Saya pelik apasal alang mengadu dengan saya sampai macam itu sekali, pelik betul. Lepas itu alang cakap sekarang dia bukan macam dulu lagi, dia berubah 99 % dari segi penampilan dan pergaulan. Dia cakap sekarang dia dengan abang saya are the new figure and more assertive when it comes to the life perspective. Alhamdulillah lah kalau macam itu, tegas dalam segala aspek terutama agama.

Dan, alang cakap nak jumpa saya malam, saya cakap oklah sebab Azan ada call pagi itu kata nak bagi duit sedikit, Alhamdulillah rezeki, jadinya malam itu saya dari Pasir Gudang lepas jumpa teman hati Yahh Shikari semua terus gerak Uda secepat mungkin sebab lepas itu En.Nazrie katanya nak melepas tensi melalak la tiuu.., ada audition kot ehem. Ok, ok sampai rumah alang, saya terus bengap kejap tengok alang siap bermonolog " ehhhhh....biaq betui" 

Berbual bual dengan alang, tiba-tiba alang cakap niqab, terus saya cakap "nak tengok alang, alang pakai" teruja sebab memang sangat asing niqab itu dalam family nukleus saya ini, hehehe saya masuk bilik saya dengan alang sekali, alang pun buat demostrasi memakai niqab, 3 lapis Jordan punya alang cakap, saya tanya kenapa alang tak beli yang 2 lapis itu, alang cakap dia tak selesa yang itu, 3 lapis katanya kalau ramai orang lelaki satu lapis tu boleh tutup terus muka dia i mean dengan mata sekali la, terhijab dari pandangan luar, still  alang boleh tengok luar sebab nipis sedikit dari yang bahagian mata ke bawah, tak faham eh, tak apa abaikan saya pun tak tahu macam mana nak terangkan.

Wahhh, sekali tengok macam orang arab tapi rendang ja yang terus kantoi orang melayu rupanya hehehe, hmm baguslah alang sekarang macam itu, ingat alang pakai menutup aurat sahaja rupanya mengikut sunnah sekali dengan melengkapkan penampilan memakai niqab, ok lah kalau sekarang mereka macam itu, tapi sebenarnya saya susah nak terima penampilan mereka drastik macam itu terus, bukan susah nak terima mereka sudah berubah ke arah kebaikkan cuma ia terlalu  cenderung untuk drastik, ishhhhhhh lalang ah Norashikin!! Saya pun tak tahu saya sokong ke tak sebenarnya ini ? Yep saya sokong mereka melakukan penghijrahan, yes I am proud to have them as my brother and sister in law. Saya harap mereka terus macam itu sampai bila bila dan semestinya tak ada alasan yang menyebalkan otak bila sudah berhijrah seperti  :
 " Darurat lah, sebab itu kena tukar sedikit, terpaksa  "
 " Sebenarnya tak bersedia lagi, tambah lagi bila keadaan sekeliling semacam sinis semacam ja tengok kami, siap pandang tak kelip pasal dok heran benor nengoknya"
Dan alasan yang sewaktu dengannya ok :)

Hmm...baguslah alang sudah macam itu, harap harap mereka istiqamah dengana apa yang mereka buat, tak ada perasaan bolak balik atau perasaan yang serba salah kalau itu yang mereka rasa terbaik, saya tumpang suka, semoga mereka bahagia lah dan kalau perubahan itu ikhlas mana tau nanti tiba tiba ada rezeki alang pregnant, 
"woooohoooo"
Dapat mak saya jadi Grandma, saya pula jadi Ummi Shikin hehehe Aminnn ;)

Actually entri sebelum ini saya ada tulis hajat saya macam yang sedemikian sedemikin tapi lepas kahwin nanti lah tapi tak sangka alang yang penuhkan hajat saya tapi alanglah yang merasa dulu, tak apa nanti boleh jadi tempat merujuk untuk penampilan saya pula.

Ok, itu sahaja nak membebel, tengah banyak idea pula kan tiba-tiba, kalau tak haram nak buat entri baru.
So, ok lah untuk kali ini, au revoir  ;0

p/s : niqobgirl sudah accept my friend request, harap sampai bila bila boleh berkawan dengan dia dan kak chik juga saya baru add, dia pun sudah accept, heeee bestnya :)
Untuk dear beloved Azan and Alang, jangan peduli apa kata orang, buat perkara baik memang selalu mendapat tentangan dari orang yang tidak faham deen itu sendiri. Jadi,  biaqpidepa sibuk bukan dapat apa pun dok mengata orang, baik pergi mengaji balik kalau perangai macam itu.kannn