Saturday, February 26, 2011

Europe Thrill



Ohh Eropah, saya sungguh teruja apabila Aisya Azman bagitahu idea dia nak pergi "backpacking" ke Eropah. Wauuuuu .

Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat nak pergi "travel" ke Eropah sebab saya rasa mesti seronok dapat melihat negara luar yang maju seperti Eropah itu kan. Wee terujanya saya sampai sekarang ini sebab kali ini saya betul betul nak pergi sebelum saya menjadi isteri orang ( ehem ).

Saya rasa teruja sangat ini sampai nak buang air pun asyik berangan, last last tak nak keluar pun en. tahi itu hmmm..

Ahhh nak pergi nak pergi nak pergi Eropah, semalam baru saya tanya teman sejati dekat dihati saya itu, saya tanya : "Awak, saya nak pergi backpacking ke Eropah, girls only hehehehehe" ... Lepas itu dia jawab : "Ah nanti kau orang sampai sana, mabuk mabuk la apa la ( nada kurang percaya ). Saya balas balik : "Hey hello, kawan kawan saya semua itu tak minum alkohol ok. Kitorang pandai jaga diri eh. Dia : "Ye je, siapa yang pergi nanti?". Saya : My bestfriend la, hehehehe . Dia : Siapa la?. Saya : Ala u knows who. Dia diam ja, lepas itu saya pun cakap lah, "Saya sayang awak kalau awak kasi saya pergi ( sambil bermanja ). Dia : Ceh kau kan, macam ni baru nak sayang...

Hahhahaha senario di atas tiada penyambung sebab saya buka cerita lain pula, ok so saya sangat mahu pergi Eropah, jadinya saya kena lah simpan duit kan sedikit sedikit, kena berjimat cermat, tak beli bukan bukan, tak makan dekat luar sangat, kurangkan merokok ( ehem ) hmmm lepas ka nak simpan sampai 20 000MYR nanti, adui la hai. Kalau tak cukup misal kata, saya nak buat "personal loan" lah dekat bank, hah sanggup sampai macam itu sekali sebab nak sangat pergi tau!!

Saya sudah Google tips tips untuk menjadi backpackers yang berjaya bila mula travel nanti hahahaha teruja tau tak tau kenapa. Mungkin sebab perancangan mahu pergi bersama girlfriends sahaja kot..weeee :) ataupun sebab saya memang nak pergi sangat, apa apa lah Norashikin.

Jadi, saya berharap dapat "standby" duit, fizikal dan mental saya bila peluang itu sudah sampai, saya teruskan sahaja niat saya, tak nak toleh belakang lagi, here we go Europe ~ ~ ( TERUJA OK )

Ok, saya nak prepare dari sekarang, harap harap dapat pergi tahun depan dalam hujung tahun depan ka,hehehehe balik dari backpacking itu, saya nak terus bernikah dengan awak sayang. Boleh tak? Ok, boleh,( saya yang jawap sendiri ini huh.. )
Tak sabarnya saya ini, kumpul duit kumpul duit kumpul duit kumpul duit sebab saya nak pergi EROPAH. hehehehe :D

Thursday, February 24, 2011

zzzzz

Lamanya tak jengah blog saya ini, macam sarang tikus sudah ( ayat mak mak ).
Ok,saya sekarang menderita penyakit "ulcer" dan panas dalam, sangat sakit ok, mahu kunyah pun tak boleh, jadi kena diet tak makan nasi ataupun makanan keras.
Nak pergi jumpa doktor gigi, tapi tak tahu bila lagi, minggu depan kot. Saya pernah kena penyakit macam ini juga tau dulu tapi baik sendiri, kali ini macam pelik sedikit sebab badan saya cepat letih, panas, dan yang penting eh, saya tidur awal. Letak saja kepala, terkelip-kelip, pusing kiri pusing kanan, terus tidur, mungkin sebab terlampau letih kot. Tapi bukannya saya kerja berat pun, tak ada la jalan sana sini, cuma penat duduk tambah hari hari menghadap komputer. hmmmm...
Saya harap sakit ini cepat cepat lah baik sebab sekarang nafsu makan saya sangat tinggi ya, tapi tepaksa di turunkan ke tahap yang rendah sebab ada "ulcer" ini. Pengambiln cecair perlu dipertingkatkan supaya saya tak "dehydration", saya tak minum air sekejap saja mulut saya kering terus, bibir tak payah cerita, kering macam apa.

Adui, sakit kepala, panas ini mungkin kesan sampingan "painkiller" yang saya ambil. Harap harap cepat lah sembuh, boleh lompat lompat, berbual mengarut, bercerita panjang tanpa rasa sakit.

Thursday, February 17, 2011

Ok Karaoke



Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Wednesday, February 9, 2011

you are most welcome :)

Saya mahu membebel pasal blog saya yang entah apa apa ini kan.
Saya rasa apa yang ada dalam otak saya ini, saya menvisualkan di dalam blog ini, meluahkan, menceceh dan membuatkan blog saya berserabut dengan macam macam entri, kejap pasal isu semasa, kejap pasal isu peribadi, kejap lagi tak pasal tentang makanan pula dah nanti
APA INI NORASHIKIN?!

Hahahaha :D

Welcoming anyone , you, you, you, who else? ahh you ( pointing finger ok )to my
TRASHY SAGGY PANTS
blogspot of mine. :)