Friday, August 19, 2011

Neko Moi

Malasnya nak update blog urgh ;o
Apa yang terbaru, oh ya saya telah mengambil seekor anak kucing menjadi warga rumah baru saya dan sepupu saya ( Yahh Shikari ). Masa saya ambil dia, saya rasa umur dia dalam errrr 6/7 minggu, yep macam itu lah lebih kurang, saya culik dia sebab dia paling menyerlah dan paling bijak tapi saya rasa serba salah lepas itu sebab culik anak kucing yang masih menyusu, kesian dengar dia mengiau cari mak dia, tapi lama-lama dia faham sendiri terus senyap tapi bising kalau saya lambat sedikit sediakan makanan dia itu ja.
Lagi apa eh, hmmmm oh warna dia warna oren/kuning dan putih belang campur spot, sangat bijak untuk seekor anak kucing, cerdas dan cergas hehehe tapi perut dia buncit sangat sebab cacing, saya belum hantar pergi vaksin dan deworming lagi, lepas raya lah pergi hantar haihh hmmmm sekarang ini dia membesar dengan cepat, sekejap sahaja saya tengok badan dia sudah panjang sedikit, I mean bigger than before I took him from his mother :( , errrmmm I'm adopted him actually not took him away from his nature, alahhh tak apa lah kalau niat saya baik untuk bela dan menjaga dan memberi kasih sayang kepada dia okay kann ( sedapkan hati .. ) 
Ehemm, okay lagi, anak kucing ini tak ada nama lagi, tak tahu nak bagi nama apa, nanti nanti lah bagi nama, yang penting dia sihat dan saya pun gembira. 
Tapikan, anak kucing ini, kalau tidur, tidur mati, lepas itu banyak sangat kali dia tidur, mungkin sebab dia baby lagi kot, nak membesar mesti kena selalu tidur, err ya ka? Dan paling penting eh, dia mengigau, ;D tengah tengah tidur boleh bangun kejap cari saya lepas itu tidur balik atas lengan ka, atas dada ka, mana mana yang dia rasa selamat dan dekat, oooo so sweett ;) hehehehe terharu saya kalau dia tiba tiba bangun tidur semata mata nak menyelit dengan saya lepas itu tidur balik ciss tapi saya suka sangat okay.
Ishh, sayang lah dekat anak kucing ini, nasib dia aktif dan bijak, paling kelakar bila time gurau dengan dia, saya suka spray air dekat dia, acah-acah ja, tapi dia pandai sorokkan muka dia lepas itu buat buat tak ada apa ciss, berlagak betul sekali kena spray mencicit lari hahahaha ;D best lah sebab dia selalu ada respon kalau saya bergurau dengan dia kannn. Tapi, saya musykil lah, dia tahu tak dia itu adalah kucing, saya takut ja dia identity crisis hahahaha takut dia ingat dia itu puppy ka, mana lah tahu, hari hari dengar anjing depan rumah menyalak, takut ja dia perasan dia itu anjing ishhh tak nak lahh, tapi ciri ciri sudah ada sedikit, dia suka betul main main dengan hairband saya, satu hari itu, dia main main, lepas itu dia gonggong hairband itu ke sana sini, saya cuba lah minta hairband itu, tahu tak dia mula mula buat bodoh ja, tapi last last dia datang dekat saya, bagi balik hairband itu haihh sebab itu saya sayang sangat dekat baby saya ini, saya pernah menangis kot pasal dia tau ish ish ;(

Okay lah, itu ja entri yang tiba tiba ada idea hehehe, kasi satu video lagu eh eh zass