Sunday, April 24, 2011

Amazed by the Beauty

Semalam, saya PM dgn kak ipar saya, berbual bual ( by that i mean typing la ) then dia tiba tiba mengadu dengan saya,
"Shikin, alang rasakan semua orang ingat alang dengan azan masuk ajaran tabligh sesat"
Saya pelik apasal alang mengadu dengan saya sampai macam itu sekali, pelik betul. Lepas itu alang cakap sekarang dia bukan macam dulu lagi, dia berubah 99 % dari segi penampilan dan pergaulan. Dia cakap sekarang dia dengan abang saya are the new figure and more assertive when it comes to the life perspective. Alhamdulillah lah kalau macam itu, tegas dalam segala aspek terutama agama.

Dan, alang cakap nak jumpa saya malam, saya cakap oklah sebab Azan ada call pagi itu kata nak bagi duit sedikit, Alhamdulillah rezeki, jadinya malam itu saya dari Pasir Gudang lepas jumpa teman hati Yahh Shikari semua terus gerak Uda secepat mungkin sebab lepas itu En.Nazrie katanya nak melepas tensi melalak la tiuu.., ada audition kot ehem. Ok, ok sampai rumah alang, saya terus bengap kejap tengok alang siap bermonolog " ehhhhh....biaq betui" 

Berbual bual dengan alang, tiba-tiba alang cakap niqab, terus saya cakap "nak tengok alang, alang pakai" teruja sebab memang sangat asing niqab itu dalam family nukleus saya ini, hehehe saya masuk bilik saya dengan alang sekali, alang pun buat demostrasi memakai niqab, 3 lapis Jordan punya alang cakap, saya tanya kenapa alang tak beli yang 2 lapis itu, alang cakap dia tak selesa yang itu, 3 lapis katanya kalau ramai orang lelaki satu lapis tu boleh tutup terus muka dia i mean dengan mata sekali la, terhijab dari pandangan luar, still  alang boleh tengok luar sebab nipis sedikit dari yang bahagian mata ke bawah, tak faham eh, tak apa abaikan saya pun tak tahu macam mana nak terangkan.

Wahhh, sekali tengok macam orang arab tapi rendang ja yang terus kantoi orang melayu rupanya hehehe, hmm baguslah alang sekarang macam itu, ingat alang pakai menutup aurat sahaja rupanya mengikut sunnah sekali dengan melengkapkan penampilan memakai niqab, ok lah kalau sekarang mereka macam itu, tapi sebenarnya saya susah nak terima penampilan mereka drastik macam itu terus, bukan susah nak terima mereka sudah berubah ke arah kebaikkan cuma ia terlalu  cenderung untuk drastik, ishhhhhhh lalang ah Norashikin!! Saya pun tak tahu saya sokong ke tak sebenarnya ini ? Yep saya sokong mereka melakukan penghijrahan, yes I am proud to have them as my brother and sister in law. Saya harap mereka terus macam itu sampai bila bila dan semestinya tak ada alasan yang menyebalkan otak bila sudah berhijrah seperti  :
 " Darurat lah, sebab itu kena tukar sedikit, terpaksa  "
 " Sebenarnya tak bersedia lagi, tambah lagi bila keadaan sekeliling semacam sinis semacam ja tengok kami, siap pandang tak kelip pasal dok heran benor nengoknya"
Dan alasan yang sewaktu dengannya ok :)

Hmm...baguslah alang sudah macam itu, harap harap mereka istiqamah dengana apa yang mereka buat, tak ada perasaan bolak balik atau perasaan yang serba salah kalau itu yang mereka rasa terbaik, saya tumpang suka, semoga mereka bahagia lah dan kalau perubahan itu ikhlas mana tau nanti tiba tiba ada rezeki alang pregnant, 
"woooohoooo"
Dapat mak saya jadi Grandma, saya pula jadi Ummi Shikin hehehe Aminnn ;)

Actually entri sebelum ini saya ada tulis hajat saya macam yang sedemikian sedemikin tapi lepas kahwin nanti lah tapi tak sangka alang yang penuhkan hajat saya tapi alanglah yang merasa dulu, tak apa nanti boleh jadi tempat merujuk untuk penampilan saya pula.

Ok, itu sahaja nak membebel, tengah banyak idea pula kan tiba-tiba, kalau tak haram nak buat entri baru.
So, ok lah untuk kali ini, au revoir  ;0

p/s : niqobgirl sudah accept my friend request, harap sampai bila bila boleh berkawan dengan dia dan kak chik juga saya baru add, dia pun sudah accept, heeee bestnya :)
Untuk dear beloved Azan and Alang, jangan peduli apa kata orang, buat perkara baik memang selalu mendapat tentangan dari orang yang tidak faham deen itu sendiri. Jadi,  biaqpidepa sibuk bukan dapat apa pun dok mengata orang, baik pergi mengaji balik kalau perangai macam itu.kannn

Friday, April 22, 2011

I'm not ready or am I ?

Hmmm...baru baru ini asyik rasa sayu sahaja, sedih tapi tak tahu kenapa ? Lepas itu suka betul mengada - ada tak bertempat, padan muka kena marah dengan en.hati huh ;o

Sebenarnyakan, saya selalu bayangkan tau, ehem bukan bayangkan actually, saya berhajat kot tentang sesuatu perkara yang saya akan buat mungkin lepas kahwin. ehemmmmm 
Saya akan tutup seluruh aurat saya termasuk muka ok tak? Itu lah soalan yang saya selalu tanya diri saya sendiri, boleh ka saya beristiqamah bila saya start berhijab dan berniqab ?
woooo ;o
I'm not joking eh this time, i mean it, tapi saya selalu rasa serba salah ? Kenapa pula?
Mungkin sebab, ehmm mungkin sebab banyak benda dalam kepala saya yang seolah olah mengejek keinginan saya ini, kenapa pula, kalau pakai niqab kenapa ? segalanya terbatas ? *sigh
It's not like that, hati saya ragu ragu, kepala otak asyik menidakkan kebenaran dan lebih mementingkan kebendaan semata, jadi macam mana ini?

1) Buat sahaja tanpa prejudis
2) Berniqab dalam kecintaan dan keagungan Ya Rahman Ya Rahim
3) ;o Ikhlas dan lapangkan mindset yang sempit

Hmm...saya rasa selamat sungguh bila tengok kakak kakak niqabi, tapi mereka sudah dibiasakan dengan hal hal sedemikian, mungkin juga faktor keluarga yang mementingkan kemuliaan deen itu sendiri. 
Kita semua mungkin biasa terserempak dengan family Melayu tetapi isteri dan anak perempuan dewasa mereka memakai tudung labuh sekali dengan niqab, suami dan anak lelaki biasa memakai kopiah, apa pandangan masyarakat terhadap mereka ? Ada yang memandang semacam, ada yang memandang dengan keikhlasan tak juga yang pandang lepas itu cepat-cepat blah semacam takut mereka itu "terrorist", cis
Haihhhhlahaiiii.....saya pasti akan kuatkan iman jika mahu melakukan sesuatu yang baik bukan untuk siapa-siapa, untuk diri saya sendiri.
Tapi...
Banyaknya tapi eh Norashikin Suhaimi ini, apa salahnya berusaha membaiki kelemahan iman dan cekalkan ketakwaan, memanglah saya sekarang ini tunggang langgang, tapi tak bermaksud saya membiarkan jiwa saya ikut sekali ke laut, ishh lain sangat kalau macam itu. Saya mengaku saya jahil dalam menghayati keindahan deen itu, tapi bila kita dalam kehanyutan, jangan la hanyut bersama iman, kerana iman itu lah yang menyebabkan diri tersentak dan bangkit untuk mencari kebenaran dan menyuluh terang dalam qalb, hmmm macam mana eh nak terangkan dekat oarang-orang yang kenal saya dan tahu situasi saya sekarang ini, ok ok saya sekarang ini berusaha untuk buat yang terbaik dan perkara yang bagus tapi..... you knows guys sometimes nature itself doesn't really want to, saya tak bermaksud nak salahkan apa-apa atau siapa-siapa tapi,nurani saya taulah apa yang saya buat sekarang ini. Harap comrades semua doakan yang terbaik untuk saya.

Ok, berbalik pasal niqab tadi, actually, dalam family saya, ada seorang ja lah yang pakai niqab, itupun sepupu belah bapa saya, itu pasal ayah depa memang mementingkan akhirat, saya pun suka dengan pakcik saya itu, dia baikkkk sangat ok, Anak dia yang first itu, pakai niqab umur dia baru 16 tahun tak salah, cantik ja saya tengok, hehehe family saya yang lain biasa biasa ja, paling kuat pun pakai tudung labuh ja lah. Itu family belah bapa la, belah mak you rock !! ahaks solat tetap solat, puasa semua tapi lebih chill ja i like.
oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Bagaimana, macam mana, di mana saya nak mulakan semua ini, kekuatan jiwa untuk melangkah ke fasa baru nanti, saya boleh buat ka? Saya nanti suka suka ja nanti nak buka, nak tutup niqab itu, tak nak macam itu, jadi saya perlu bersihkan dan ikhlaskan hati untuk melakukan sesuatu perkara yang diredhai olehNya. Memanglah niqab itu tak wajib, tapi keutamaan sebenarnya untuk nisa' ajnabi lagi lagi nanti kalau sudah jadi "copy right" Hah kau, saya tak cukup bagus untuk ini semua tapi saya belajar balik apa yang saya tinggalkan dulu hmm :(

Saya ada baca blog ini : niqobgirl.blogspot.com sebab saya Google search niqab keluar blog ini, agak berkesan untuk saya walaupun saya skip skip banyak entri tapi ok lah untuk saya.

p/s : Saya ada add niqob girl dalam fb siap send message lagi, nampaknya she is not interested with me rather than if i'm wearing tudung labuh barangkali, *sedih ok :( hmmm

Tuesday, April 19, 2011

1, 2

Saya perlukan ruang saya sendiri, saya perlukan masa untuk bersendirian seketika, ia membuat kan saya rasa uhmp seperti baru lepas minum air teh o nipis cicah dengan biskut HupSeng masa hujan, siap placing tepi tingkap eh nak layan feel. haha

Sebab saya rasa semakin hari saya semakin sesak dengan keaadaan yang sesak, ketidak tenteraman jiran sekeliling, kepenatan melayan kerenah customer yang tak adalah buat hal pun tapi saya suka betul nak berangin tak tahu kenapa.

Saya perlukan keseorangan untuk sesuatu masa, lepas itu baru ok. Kenapa eh perlu macam itu ? Mungkin saya terlalu inclusive, introvert, privacy people, halahh lalalala

Tapi, saya tak suka rasa keseorangan sebenarnya, saya akan rasa hargh macam babi ja kalau tak ada siapa siapa nak ajak berbual, nak ajak bergurau, nak ajak bergaduh lagi tak ada ok.

Jadi saya kena cakap dengan diri saya ini, sabarlah, tak semua benda best, kalau nak best ja tak payah jadi manusia kan, jadi ja pokok, pokok pun selalu sedih kot. hmmm :(

Ok, la Norashikin, kena sabarlah eh, kalau tak sabar tak jadi apa pun. Ok

Thursday, April 14, 2011

Lap Habuk

Lalalalalalala, zap zap lap habuk buang sarang labah-labah, lap sedikit ok lah, lamanya tak update siot blog ni haihhhhh ;o

layan video ok


p/s : lama tak dengar

Saturday, April 2, 2011

Upside Down

Bosan dengan semua perkara,
Tengok orang lain happy sahaja,
Tenung diri, hmpphh macam apa!!

Tak bestnyaaa!!!

Ok, bye.